HomeMy Blog

Paris Van Java dan Rumah Mode

Salam, Nampaknya ramai yang bertanyakan berkenaan dengan tempat membeli belah Paris Van Java dan Rumah Mode ini. Ramai yang nak tahu bagus ke tempa

Diskaun Hotel untuk Pengunjung Blog Hazmin
Apa ada di Bandung Indonesia?
Shopping di Bandung 2

Salam,

Nampaknya ramai yang bertanyakan berkenaan dengan tempat membeli belah Paris Van Java dan Rumah Mode ini. Ramai yang nak tahu bagus ke tempat shopping ni. Sebenarnya komen berkenaan Rumah Mode ni saya dah ceritakan dalam post yang lepas. Namun disebabkan ada yang bertanya saya akan jelaskan sekali lagi berkenaan kedua-dua tempat membeli belah ini.


Kedua-dua tempat ini bagi saya, tempat yang bagus untuk berjalan dan bersiar-siar tapi saya tak galakkan untuk membeli belah. PVJ nie tempat butik-butik jenama terkenal dan harga-harganya boleh tahan mahal. maklumlah tempatnya di shopping mall. Bukan nak kata tempat ni tak bagus, cuma kalau nak shopping lebih baik ke tempat-tempat yang saya cadangkan dalam beberapa posting saya yang lalu.

Bagi Rumah Mode pula, masalahnya dia FO ini adalah tempat orang Malaysia berkumpul. Jika ada rombongan bas dari Malaysia, tempat inilah yang menjadi pilihan. dan kalau dah ramai orang malaysia disini, mengikut logik akal, harganya pon lebih kurang macam kat malaysia jugaklah. saya dah kesana tapi tak beli apa pon sebab harga yang tidak berpatutan. maklumla orang Malaysia ramai. Tempat-tempat yang ramai orang rombongan dihantar selalunya mahal. mungkin orang2 tour tu dah kowtim dengan kedai-kedai ni kot.

Jadi kesimpulannya, tempat-tempat yang saya cadangkan sebelum ini adalah tempat bershoping yang sebenar-benarnya. tiada bas-bas rombongan. Orang-orang malaysia yang dah biasa dengan bandung akan terus ke jalan juanda dan kawasan di sekitar Heritage untuk membeli belah. Jika kita ke sana diwaktu indonesia cuti, kita boleh tengok ramai orang-orang kaya dari jakarta dan bandung membeli belah di situ tetapi tidak di Rumah Mode dan PVJ hehe.

Ramai orang kaya di bandung ni. kebanyakkannya datang dari Jakarta. setakat kereta Alphard tu kira biasa la hehe. Tapi pesanan untuk orang malaysia yang nak membeli belah di Bandung, kalau ada duit-duit lebih tu sedekah saja lah kat org2 diluar FO ini. walaupun ramai orang kaya, org miskin pun ramai jugak. Kalau 5000 rupiah (RM2 lebih kurang) diorg dah boleh makan 3 hari. sedih tengok org2 miskin ni. Itula yang saya selalu ulangkan, bila ke negara indonesia ni, disamping kita seronok membeli belah, kita juga akan merasa betapa bangganya menjadi rakyat malaysia dengan kesenangan negara kita. oklah… babai… later…

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0