HomeMy BlogNews

Bandung Trip 2009 – 3 weeks later

Salam semua, akhirnya sempat jugak untuk aku bercerita tentang trip aku ke Bandung bulan lepas. Maaflah disebabkan kesibukan tugas, tak mengizinkan

Perhatian Untuk Pelanggan Serumpun Travel & Tours
Diskaun Hotel untuk Pengunjung Blog Hazmin
Khidmat Sewa Kereta di Bandung

Salam semua,

akhirnya sempat jugak untuk aku bercerita tentang trip aku ke Bandung bulan lepas. Maaflah disebabkan kesibukan tugas, tak mengizinkan aku untuk menulis.

Hari ni aku nak bercerita pasal trip aku ke Bandung awal bulan lepas. Banyak perkara baru yang aku cuba termasuklah Hotel murah baru yang lebih murah dari Utari Hotel.

Hotel yang aku maksudkan ialah Hotel Royal Dago 2.

Harga semalam disini hanyalah RM60 sahaja. Semua utiliti standard ada disini termasuklah water heater Cable TV dan lain2. aku dapat bilik bersebelahan dengan lobi kaunter hehe. best giler dekat betul. tak pernah lagila aku dpt bilik hotel sebelah kaunter lobi hahaha. Gambar2 hotel ni aku akan postkan dihujung artikel ini.

Lokasi Hotel :

Rumah Makan

Rumah Makan adalah bahasa penduduk indonesia yang membawa maksud untuk orang malaysia sebagai restoran makanan.

Bila aku sampai je ke bandung, terus aku menuju ke Restoran DapurSangkuriang. (kalau aku tak silap baca la hehe) Makanan dia mmg sedap sebab dah dua kali aku dtg sini untuk makan. masakannya ala-ala tomyam la tapi bukan tomyam thailand. tapi tomyam sunda. sehingga menjilat jari sedapnya hehehe.. gambar aku tak dpt amik sebab time ni aku lupa bawak camera sebab camera tinggal kat hotel hehehe sowi..

Lepas tu, sambil2 nak cari rumah makanΒ  baru, aku terjumpa satu tempat makan bersebelahan dengan FO EPISODE. sebelahnya sahaja. kalau tgk dari depannampak mcm hampeh je. tapi bila masuk… aaaa baru tahu, kelas mcm restoran mahal kat KL hehehe… restoran ni berkonsepkan JAWA (rasanyala heheh). Bab harga, aku tak payah cakap banyak2 kalilah, sebab dlm post2 aku yang sebelumni mmg aku cakap makan kat Indonesia ni mmg murah gile. Makan bagai nak rak baru cecah RM50 hehehe..

oklah aku postkanlah gambar2 yg aku sempat ami aritu. lain kali aku cite lagi apa yg menarik semasa aku ke bandung bulan lepas .

COMMENTS

WORDPRESS: 54
  • comment-avatar

    Salam.. hye, td ngah cari2 info pasal percutian di bandung, trus jpe blog u.. juz nk minta tips sket coz i 1st time nk g bandung,so xtau samade better get travel agent to book hotel or i book sendiri.. if nk book sendiri how? n kalu mcm hotel yg u stayed ni, ade airport transfer or kite kna amik bluebird taxi? how its cost? FYI, i akan pergi end of july, 5org jek.. my fren ade g matta fair, n ade travel agent tawarkan pakej dia rm230/pax include airport transfer n hotel royal dago.. murah ke tu?

    Hopefully u can give me the info ASAP.. tq yaa..

  • comment-avatar

    hi.. wah nak pegi end of july yek.. berapa hari nak pegi?

    ok mcm ni. kalau nak pegi, better pegi sendiri2 je. lebih murah.
    selalunya, kalau nak ke hotel dago, diorg tak terima booking. kene pegi pada hari yg sama. jadi selalunya saya book hotel kat Utari Hotel dulu. harga mahal dlm 30-40 ringgit je dr dago. tapi bila sampai terus ke dago utk cek ada bilik ke tak. kalau takde at least ada backup hotel kan.

    kalau pegi 5 org, mmg bagus la. lepas turun dr airport, terus je naik teksi bluebird. better naik teksi jek. tak payah sewa2 sebab teksi banyak dan semua pakai meter. tak mahal sebab airport ngan hotel tak jauh. dalam 10 ribu rupiah ke 15 ribu jek. 10k tu dalam Rm4 la.

    Hotel royal dago semalam dalam RM60 lebih kurang. kalau sharing satu bilik 2 org, RM30 la.

    kalau dr travel agency tu, apa jadual perjalanannya? kalau ada, post kat sini. sebab slalunya diorg bawak ke tempat yg diorg dah deal dgn kedai jek contohnya mcm ke Rumah Mode. ramai org mesia kat situ. harga mahal.

    kalau nak book hotel ke ape ke, nanti i bg no telefon diorg. kalau ada apa2 yg nak tanya just reply kat sini jek, i will reply asap.

  • comment-avatar

    hai..saya pun nak ke bandung tapi dari jakarta lah..any tips..saya pergi ngan adik..1st time ni tulah nak minta tips naik teksi apa ke bandung atau hotel mana nak tggal dulu kat jakart baru ke bandung dan seterusnya..harap bro dapat membantu..thanks

  • comment-avatar

    Hi jake,
    Semasa saya pergi ke Bandung melalui Jakarta dulu, sebab utamanya adalah tiada Airasia yg mendarat disana lagi pada masa itu. jadi perjalanan dari Jakarta ke Bandung tu, kami menyewa kereta bersama pemandu selama 3 hari. Ini kerana untuk pulang ke Malaysia, perlu naik dari Jakarta. Jadi saya cadangkan kalau nak ke Bandung melalui Jakarta, lebih mudah jika saudara sewa kereta bersama pemandunya. Jika mahukan sewa yg murah, gunakan saja kereta sewa bersama pemandu itu untuk perjalanan Jakarta- Bandung-Jakarta (kalau perlu naik kapal terbang di Jakartalah) sebab di Bandung, mudah untuk mendapatkan teksi untuk membeli belah. banyak teksi disana.
    Tapi kalau lebih mudah, sewa saja kereta itu selama anda berada di sana. Sebenarnya kalau dikira pertukaran matawang kita, harganya masih lagi boleh dikira berpatutan.

  • comment-avatar

    macmana nak sewa kereta di jakarta bersama pemandu?maksud sdra hanya minta htr n ambil je lah ni dari jakarta ke bandung n jakarta..bila dah sampai bandung boleh naik teksi p mana2 la kan..

    harap bro dapat kongsi kan tips serta harga hotel yg murah n best serta dkt ngan FO yg best2..saya rasa kalau p sndiri jimat dari ikut pakej..

  • comment-avatar

    Yep, hanya sewa kete dan pemandu utk perjalanan Jakarta ke bandung. flight balik naik kat mana? jakarta ke? kalau jakarta, sewa utk Jakarta-bandung-Jakarta lah.

    bila sampai ke bandung, suh dia hantar ke hotel teruslah. yg murah tapi takleh booking awal2 ialah hotel royal dago 2. jangan confius dgn royal dago 1. tgk gambar yg saya lampirkan dlm artikel ini. bila dah selesai dgn check in dan lain2, nak kemana2 pon tunggu depan hotel jek. dekat situ ada satu tempat perhentian teksi berdekatan dengan hotel ini. teksi mmg banyak dan pakai meter. tapi slalunya kalau dekat je kedai, jalan kaki je. sebab hotel ini memang dalam area FO yg terkenal. jgn lupa baca semua artikel saya pasal percutian dan shooping di bandung ni. semua information ada kat situ.

    anyway, selamat bercuti ke Bandung.

  • comment-avatar

    bro ada email saya hari tu yg bro ada juga buat pakej?boleh beri tahu pakej nya bro..

  • comment-avatar

    salam.. em sy nk tanye pasl airport tax.. sd dlm blog lain yg sy bc diorg kene dlm rm60 gitu.. so cmne rate die? sy akn kesane bulan 11 ni.. turun kt airport soekarno hatta jakarta pastu gi bandung then blik jakarta blik..

  • comment-avatar

    jake :

    Sorry sebab lambat reply. terbz skit minggu ni.
    Eh bro, saya tak pernah email org berkenaan dgn pakej bro sebab saya tak buat pakej utk ke sana. baru nk plan nk buat pakej. saya rasa org lain kot. cuba check email dia dtg dari mana. kalau email saya, saya akan guna email yg betul iaitu melalui email saya iaitu ” @hazmin.net” ni kira official email saya. saya tak bagi email melalui @yahoo atau @gmail. mungkin ada org lain kot.

    Hani:

    Waalaikumsalam Hani,
    Ok selalunya airport tax tu lebih kurang dalam 100 ribu rupiah. lebih kurang la, kalau nak confirm, lepas sampai ke jakarta tu, pegi tgk kat check in counter berapa taxnya. mungkin lebih skit kot. saya takut taxnya dh berubah, so kalau nak senang, juz pegi je check kat counter. kalau dh dpt exact number, jgn lupa simpan duit tuk airport tax ni awal2. takut terpakai plak duit tu utk shopping, naya jek. bukan apa, nak tukar duit kat sana bukan semudah mcm kat mesia ni. Mesia senang, shopping complex belambak2 money Changer. kat sana, kalau nak tukar kat Bank pun, kene guna US Dollar. hanya money changer kecik2 je yg terima Ringgit Malaysia. tu pon diorg charge tinggi. biasala kat sana, apa2 pon selagi boleh charge lebih, diorg akan charge hehe. so utk mengelakkan masalah mcm ni, simpan duit tu siap2 dan jgn terguna. kalau nak shopping, guna kad kredit lagi bagus sebab tukaran matawang asin melalui kad kredit lebih murah.

    Utk kad kredit, guna hanya KAD KREDIT BIASA bukan KAD KREDIT yg dari DEBIT KAD tu. sekang kan ada Debit Kad yg berfungsi sebagai kad kredit VISA kan. itu patut dielakkan. Utk lebih lanjut, refer ke sini http://blog.hazmin.net/2010/03/25/shopping-di-bandung-bahagian-3/

    ok, kalau ada apa2 kemushkilan, boleh tanya kat sini je. InsyaAllah saya akan bantu setakat yg saya mampu πŸ˜€

  • comment-avatar

    Saya pun akan ke Bandung end of july selama 4D3N…rasa nak menginap di Royal Dago 2 ler gitu…sebab berdua je ngan asben rasanya elok naik teksi kan? Tapi mcm nak pergi Jakarta je sehari…ok ker? just nak soping handbag…kata org kat sana lagi ok handbagnya…tapi apa pengangkutan yg sesuai?berbaloi ker? Dan jika nak pi melawat Tangkuban PErahu …naik teksi ok ker? Kalau nak guna kad kredit disana ..apa perlu kita lakukan di Mesia sbm pergi…perlu call bank ker?

  • comment-avatar

    dhanea:

    Hi dhanea, kalau nak menginap di Royal Dago 2, saya nasihatkan pada masa yg sama booking la kat hotel lain dulu contohnya hotel Utari. bukan apa, royal dago ni tak boleh booking, takut2 time pegi sana sok, penuh pulak, nak cari hotel lain jenuh nak bawak bag ke hulu kehilir. kalau ada backup plan, senang, kalau dago penuh, terus ke hotel yg dh booking awal2. πŸ˜€

    Ke Jakarta satu hari (balik hari ) ke atau ke sana semalam? saya rasa kalau balik hari, letih jugak tu, kalau nak pergi ke sana jugak, rasanya satu hari tak cukup sebab Tanah Abang di sana pun boleh tahan besar jugak. belum masuk bab traffic jam lagi. kalau satu malam mungkin oklah kot, maknanya awal pagi ke Jakarta, dan lewat petang esoknya pulang ke Bandung.

    Dari pengalaman saya dulu, saya turun kapal terbang di jakarta, sebaik turun terus ke Bandung utk 2 malam. kemudian hari ke 3 pulang ke Jakarta dan tidur semalam di sana. dan pulang ke Malaysia dr Jakarta Aiport. Senang mcm tu semua satu hala saja πŸ˜€

    Berkenaan dgn Tangkuban Perahu tu, saya belum ke sana lagi, jadi saya tak boleh nak bagi cadangan. πŸ˜€

    Kredit Kad pulak, kalau mcm saya, saya guna Maybank Credit Card. saya tak perlu inform kepada bank pon. pergi sana dan guna mcm biasa saja. mungkin bank2 yang lain perlu inform diorg dulu, jadi saudari kena tanya bank lah. cuma jgn guna debit card with VISA tu sudah sebab card tu connect terus dgn bank account anda. bahaya tu kalau apa2 hal. guna credit card yg biasa je.

  • comment-avatar

    Terima kasih diatas cadangan En Hazmin…aritu silap ler booking flight pergi balik bandung…patut balik ikut jakarta ker…takpelah 1st time…aritu teruja sangat nak booked ticket AA. Saya pergi on weekdays…hopefully hotel tak penuh..tapi saya akan ikut nasihat En Hazmin tuk backup booking hotel lain. Saya pun nak cari lah beg yg jual kt Sg wang tu…

  • comment-avatar

    sama-sama. encik2 la plak hehe.. hazmin jek. kalau nk ke sg wang tu, cari kat kedai2 kat belakang tingkat 1 atau 2. saya beli dulu dalam RM100. mahal skit tapi berbaloi la sebab senang nak bawak. nak ke mana2 pon senang. tanya jek bag yg boleh lipat2 hehehe.
    kalau pegi weekdays, hopefully tak penuh la kot. bila sampai ke bandung nanti jgn lupa makan di Dapur Sangkuriang. mmg sedap makan kat situ :D. cakap je kat drive teksi tu. dia mesti tahu kat mana. selalunya bila saya jejak kaki ke bandung jek, lepas letak bag kat hotel terus ke sana.

  • comment-avatar

    hallo bro..bro share lagilah pengalaman bro masa kat jakarta ke bandung ker..bila p sendiri dah tahu serba sedikit mcmana nak survive hehehe

  • comment-avatar

    pengalaman tu saya dah ceritakan semua dalam blog ini. ada lah yg tertinggal skit2 sebab saya cerita yang penting2 saje. yg penting kalau nak ke sana, jangan pegi dgn rombongan sebab nanti diorg bawak ke tempat2 mahal. maklumla dah kow tim awal2 hehe.

    setakat ni keselamatan di sana Alhamdulillah sume baik.

  • comment-avatar

    salam Hazmin..best la bc blog en.Hazmin neh,byk useful tipz..sy n adik2 bertiga nk ke bandung 17-21jun neh,dh xsabar2 rs nyer. ni kali ke2 ke sana,1st time dulu yr 2008 amik pakej AA flite+hotel. tp skang pakej dh mahal sgt lar. now bab pak supir dh settle dh inform n buking,cuma tgl survey hotel jek. just now dh kol direct Utari hotel yg en.Hazmin suggest rate die leh tahan gak pricey rp375k(bla tya blik yg plg murah staf dia bgtau “ada 1 rate ini je buk” huhu,sy nk yg dlm rp250k jek. supir rekomen hotel Grand Kopo dkt psr baru,pnh dgr x?puas google tp langsung xde info :/..sy nk yg bajet n secure maklum la p sume pompuan..
    nway thx yee

  • comment-avatar

    salam En.Hazmin..

    best la ur blog neh byk info bgus2..sy n adik2 nk ke bandung 17-21jun neh.nk tya psl hotel, yg slalu en.Hazmin dpt rate bpe kat Utari tu?
    bru je kol hotel utari,rate rp375k bla tya blik yg plg murah staff nye bgtau “hanya ada 1 rate itu buk” huhu..mahal gak ek,sy nk yg 200>250k jek..

  • comment-avatar

    bagusnye…boleh jadi pakar dah u ni. Sgt arif dgn Bandung..ada tip untuk ke Bali tak? Coz m going n dont hv any idea about it..#sigh#

  • comment-avatar

    Meha – pakar tu idak la. saya cume pegi 4 kali ke sana. tapi setiap kali saya pergi, saya cuba tak buat kesilapan yg berulang. so dlm 5 kali tu, saya kongsila serba sedikit pengalaman sepanjang saya di sana supaya org lain tak buat kesilapan yg sama. saya harap sesiapa yg baca blog saya ni, bila di sana, boleh shopping dgn sempurna tanpa perlu buat silap mcm saya.

    Berkenaan dgn bali, saya belum berkesempatan ke sana lagi. tapi dr saudara mara yg pernah ke sana, kata mereka di sana suma ok dan kadar jenayah almost zero. hehe

  • comment-avatar

    nde79 :

    Berkenaan dgn hotel utari tu, nampaknya harganya masih sama mcm kali terakhir saya kesana dulu. 375k tu kalau dalam RM lebih kurang RM130 semalam. selalunya saya kesana kongsi baya so dlm RM60 la sorang hehe. tapi saya rasa cik ni susah skit le sebab bawak adik2 maknanya kene belanje la hehe.

    mcm saya bgtahu dlm artikel2 yg sebelum ni, boleh cuba di royal dago 2. situ murah skit. tapi tak boleh booking. saya rasa dalam RM60 semalam kalau harga kat situ masih tak berubah lah. saya lebih suka royal dago 2 kerana ia terletak di jalan juanda dimana sepanjang jalan nilah ada FO FO yang popular. jadi kalau nak shopping, berjalan kaki saja. lepas shopping di juanda, bolehla ke FO Heritage dan sekitarnyar. lagipun kawasan sini lebih santai jauh dari pekan dan nak makan pon senang. sebelah Dago ni ada MCD. kalau lapar emergency leh makan situ jek hehehe… kalau utari ada KFC, Pizza Hut dan Restoran makanan padang. utari tu agak mahal skitlah tapi ada breakfast dan breakfastnya akan dihidangkan di depan bilik kita kerana setiap bilik akan disediakan satu meja makan diluarnya hehehe…best tu…

    kalau di area pekan baru tu, saya rasa keadaan lebih sibuk rasanya.

  • comment-avatar

    saya nak p bandung 10hb ni…tp sy xtaw nk duk hotel mane..coz sy n kwn2 main redah je..kire lone ranger r..then,,xtaw nak bw duit brape..leh bg cadangan x..coz ni 1st trip p bandung…plz reply ASAP…thanks

  • comment-avatar

    hotel, byk cadangan saya dah bg. cuma pilih je hehe. ikot kemampuan anda. kalau bajet besar skit, leh pegi utari. duit pon saya rasa kalau RM1000 tu dah lebih dari cukup dah. maklumla makan dan hotel boleh kongsi sama2. nak shopping RM500 pon dh byk benda boleh beli hehe. tapi kalau nak selesa, RM2000 tu lebih baik la kot. semuanya ikut kemampuan sendiri.

  • comment-avatar

    bro,kalau nak bermalam atau rehat kat airport jakarta selamat n boleh tak?bukan apa saya punya flite sebleah malam..kalau delay,ha jam 1 pagi baru kluar airport..kalau nak p jakarta pusat utk cari hotel rasanya rugi kan bab tgal berapa jam lagi akan siang..saya ni plan nak direct ke bandung baru ke jakarta..

  • comment-avatar

    Kalau tak silap saya kat airport Jakarta ada satu hotel kecik ala2 tune hotel mcm yg mesia buat tu utk penumpang yg mcm bro la. Sama ada transit dan lain2. Harganya pon boleh tahan la. Nak kata murah pon tidak nak kata mahal pon tidak. Sesuaila utk berehat sampai siang. tapi harga tu saya tak pastilah.

    Tapi kalau nk tido kat airport mcm pelancong2 tido kat KLIA tu, saya tak berapa pastila selamat ke tidak. Kene hati2 jela. kalau ramai2, boleh la ganti2 jaga beg . yg penting passport je la πŸ˜€

  • comment-avatar

    bro rasa ramai tak org kat airport ketibaan atau pelepasan di airport antarabangsa tu?at least jimat gak belanja utk hotel kan..

  • comment-avatar

    kalau awal pagi rasanya tak ramai kot. tapi ramai ke tak ramai ke risiko tetap ada ehehe.. apa2 pon beringat sebelum kene. pasport tu jaga elok2. selalunya yg ada dalam aiport ni yg ada urusan dgn airport. yg nak jual2 barang dan lain2 ni selalunya diorg dok kat luar jek. so rasanya ok kot heheh

  • comment-avatar

    ade buat trip ker ke bandung? berminat nk join lah ….saya ngan asben….

  • comment-avatar

    plan mcm tu la. kalau ada dalam 4-5 orang boleh la kita buat trip ke sana. munkin tak lama lagi Air Asia akan buat promosi 1 juta tempat duduk percuma ke , sapa tahu heheh.. sebab tu nak kena plan awal-awal.

  • comment-avatar

    macam mane kalo nak book utari hotel? pls advice thankz…

  • comment-avatar

    Salam
    Bro blog ko ni sangat membantu untuk orang macam aku yang baru 1st time nak ke bandung…da byk info yg ko bg…terima kasih byk2…tpi bro aku ada soklan skit nk tnye…aku ke bandung pegi sorang je…selamat tak..skali pikir chuakk gak…lpas tu aku excited sgt book tiket AA…so trsalah book last day flight balik malaysia pukul 6 pagi…aduhh pening gak…so bro macam mana ek..kalau time2 pagi cmtu ada tak teksi dri hotel nk ke airport…mintak advise sikit…thanks

    • comment-avatar

      wsalam,

      pegi sorang2 jek. takde hal lah.. buat mcm kat mesia jek. kat sana sume ok. diorg pon tahu kalau buat hal, abis la industri diorg hehe.
      bab nk balik tu takde hal lah. kalau dok kat royal dago 2 tu, teksi stand dekat jek. tapi kalau nak deal ngan teksi pon boleh. bgtau diorg kol bape nk diorg dtg amik, insyaAllah ada la diorg tunggu depan hotel tu. bg la tip lebih skit hehe. lagipun airport bandung ngan hotel royal dago atau utari tu dekat jek. airport diorg belakang umah org jek. hehe.. punyala dekat.

  • comment-avatar

    Pengalaman saya pergi kebandung.. from Jakarta ke Bandung boleh menaiki keretapi express. Masa lebih kurang 3jam dan harga nya tidak berapa mahal.. lebih kurang dalam RM30.00. Saya sampai Jakarta pukul 8.00 (waktu Indonesia) turun ambil teksi n suruh dia hantar ke Stesen keretapi. Naik lebih kurang pukul 10.00 pagi dan sampai Bandung pukul 1.00 lebih.. Ambil Teksi and terus ke hotel Hormoni Inn.. Not bad hotel.. Harga lebih kurang RM60 ke RM70.00 sahaja. Dari Bandung ke Tangkuban Perahu lebih kurang 1jam sahaja..

    • comment-avatar

      ermm.. bagus juga.. boleh tgk kampung-kampung. terima kasih sebab kongsi pengalaman ke bandung di sini. hehe. saya pon baru tahu ada keretapi ke bandung dari jakarta. tapi sejak ada direct flight ke bandung ni, saya tak singgah jakarta dah. selalunya kalau nk ke jakarta, mmg terus bercuti di jakarta sahaja πŸ˜€

  • comment-avatar

    Bulan 9 ni saya sekeluarga akan bercuti ke Surabaya.. Tapi saya xda experience bercuti kesana. Tempat yang perlu dilawati dan keistemewaan surabaya juga untuk bershopping.. kalau ada boleh share dgn saya tak/ Macam bandung n Jakarta sebab dah selalu pergi dan tahu selok belok tempatnya.. Tapi dekat Surabaya tak tahu lagi..

    • comment-avatar

      Lepas raya la ni nak holiday ke Surabaya hehe.. malangnya saya belum sampai ke sana lagi. tak bolehlah nk kongsi pengalaman. Tapi my family 2 bulan lepas ada menjelajah selama seminggu ke yogja dan bandar2 sekitarnya. saya tak ikut sebab tgk piala dunia hehe. diorg kata, di sana pun ok jugak. byk tempat2 menarik utk dilawati. cuma kalau nk shopping tu takde apa sgt la.

      nanti bila ke Surabaya, bolehlah share pengalaman dgn saya dn blogger2 yg lain. tulis artikel pon boleh then hantar kat saya. nanti saya publish kat sini hehe.. ok? saya teringin jugak nak tahu apa keistimewaan Surabaya. ada jugak tempat2 alternatif nanti untuk bercuti

  • comment-avatar
    rideritam 14 years ago

    sy nk bandung dlm hujung bulan 10 nnt. g berdua ngn isteri. first time pegi ne. isteri dah lama ngidam nk ke sana. dah book promo air asia. pergi guna direct flight ke bandung dan balik kena ke jakarta dulu sebab nk jimat ritu book tiket balik dr jakarta. sy ne sebab xpenah pegi ke sana lg jd xtaw apa yg patut sy sediakan. menginap kat sana saja ada la dlm 4-5 ari. weekdays. berdasarkan apa yg bro ceritakan kt blog ne, sy igt nk duduk je kat royal dago 2 tue. murah n bajet sy xlari sgt. untuk isteri sy dah sedia rm1000 tuk dia shopping. cukup ke tu? untuk hotel 4-5 hari sy nk bajet bawah 500. pegi satu beg je. balik sy saja tambah satu beg lg masa book air asia itu ari. n sy nk tanya, since sy da book tiket ngn air asia blk dr jakarta, still kena tax lg ke? air asia xcover? n mintak bro bg tip2 yg berguna la tuk sy dan isteri kat sana nnt sebab cadangnya nk ke tangkuban perahu sekali

  • comment-avatar

    Salam,

    tax tu tetap kene baya walau kat mana pon kita naik. malah kat jakarta tax dia lagi mahal dari bandung hehe. tax ni utk indonesia. sebab tax yg kita baya tu tax utk mesia tapi kita slalu baya sekali ngan tiket kan. nilai tax kat jakarta tu saya tak berapa pasti sekarang. mungkin dalam 1oo ribu rupiah kot seorang.
    kalau 1000 utk wife tu rasanya lebih dr cukup kot. kalau ada tempat boleh guna kad kredit, better guna kad kredit la sebab nilai tukaran matawang lebih rendah kalau guna kad. untung skit lagi.
    allocate duit tu utk shopping kat pasar baru. kalau 5 hari dok sana, boleh round pasar baru sampai habis la ni. sebab kalau ikut pengalaman saya dulu, family saya menghabiskan 1 hari di sana hanya untuk satu tingkat sahaja. hehehe.. byk bende nk beli kat pasar baru tu. saya tak pegi sebab kebanyakkan barang kat pasar baru tu utk perempuan. kiranya syurga beli belah utk perempuan la hehe..

    apa -apa pon selamat jalan semoga selamat pergi dan selamat kembali. πŸ˜€

  • comment-avatar
    rideritam 14 years ago

    owh..still kena bayar la. sy mslhnye kad kredit pown xde ne. kalo bawak cash je selamat kew? brapa sy perlu tukar dulu kt msia ne? n ade ke money changer yg boleh direkemen tuk sy guna kat sana nnt? bajet nk ke sana pown xde byk. dlm 3000 ++ cmtu. dr segi penginapan, untuk 4-5 hari, dlm5-6 ratus lepas ke? lg satu, kari stesen ketapi nak ke soekarno hatta airport tu jauh x? sebab kalo jauh sy igt nk bermalam dulu kat sana satu ari. kalo dekat, nk bajet nek ketapi dari bandung smpi ke stesen ketapi sana n terus je ke airport.

  • comment-avatar

    bab keretapi tu , mintak maap le. saya takleh nk bg tips sebab saya tak pernah naik hehe.
    money changer kat sana bukan mcm kat sini. kalau nk tukar kat bank pon, kene guna USD. kalau nak guna ringgit, saya tanya teksi jek suh bawak. tapi rate mmg tinggi la. πŸ˜€ kalau takde kad kredit mmg rugi skit la hehe.. pinjam la sape2 punye πŸ˜€
    bajet tu kalau 3k tu ok la kot. kalau tak cukup, rasanya boleh guna mesin ATM yg ada tanda PLUS kot. Saya penah guna maybank ATM kad.

  • comment-avatar
    rideritam 14 years ago

    owh..cmtu ke. ni lg satu sy nk tanya. hotel royal dago tu ok ke?facilities cmne?

  • comment-avatar

    Salam abg Hazmin. Wahh, bestnye da bley jadi hustler in bandung.hehe. Btw, sy ni nk pi vacation on next year.maybe on jun 2011.

    Sy dah bace entry abg yg lepas2.memg sgt useful la for me n my mom nk pegi sane.We all pegi ber 4.sorang kazen laki n sorang lg my mom puny ank angkt. My mom ckp soh dea temankan coz kite org kn pompuan n kazen plak kecik lg. perlu ke smpai mcm tu di sane??huhu~

    Nk tany kt abg pasal Aston Bandung. Ade yg ckp hotel ni murah jugak coz ala2 apartment.ade ruang makan sume. Abg rase kalo kite org bertiga nk dok skali saving x? yela kn, kalo nk dok asing2 mcm costing plak kn.

    N abg rase better kite org amik supir or lone renger je nk pegi mane2?

    Kite org puny flight dari lcct to jakarta.Nk pegi dlm 4 hari mcm tu la.Big enuf kot nk pegi bandung 4 4days?

  • comment-avatar

    wsalam Liyana,

    jgn ckp mcm tu. saya ni bkn hustler ler… cuma penah pegi sana sekali dua. lepas tu nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman la supaya org lain tak ulang kesilapan kami masa 1st time pegi sana hehe.

    nak pegi 4 org tu rasanya okla tu. takde masalah. berkenaan dgn aston hotel tu, saya tak berapa tahu la sebab belum pernah cuba hehe. jadi tak bolehla nk bg pandangan pasal hotel tu.

    kalau nk ke sana bertiga, rasanya hotel cukup dh kot. boleh je sumbat 3 org sebilik ehhe. bukan nk dok lama pon kan. bilik tu tempat nk tido jek hehe. bkn apa takut apartment tu mahal plak. saya tak berapa pasti bab sewa apartment tu sebab masa saya ke sana, pegi dalam 6-7 org tapi kami sume sewa hotel je. time tu kat utari hotel jela. amik dalam 2 -3 bilik. apa2 pon cuba tanya rate utk apartment berapa. tapi kena cari kat google la yek hehe

    bab supir atau lone ranger tu, pd pendapat saya, better naik teksi jek kat sana. supir ni kalau nak guna diorg jalan2 jauh mcm tempat pelancongan di bandung. kalau setakat nk shopping jek, better naik teksi je. mudah dan murah.

    gi sana 4 hari rasanya dh lebih dr cukup tu. kene bawak duit byk2 la camtu sebab dok sana lama hehe. jgn lupa bawak beg yg boleh lipat kecik2 dan pegi sana sehelai sepinggang jek. hehe.. saya ada tulis artikel pasal apa kene gi sana sehelai sepinggang hehe.

  • comment-avatar

    okay thanx abg for replying me. kite org pergi bertiga aje.

    esok nk book tix. 3 org rm 320 ok ke?by air asia. return tix.

    my mom nk pegi seminggu pulak.nk jalan puas2.kompem kene bwk juta2an RP.hihi~

    pasal room booking pulak mcmane ye?? sy memg nk book utari tu je la memandangkan mcm lame plak nk pegi kn.

    abg rase kene book bile ek? 1 month before nk pegi ke?or mcamane??

    smlm turun kl tp xsempat lak nk beli beg lipat2 tu.xpe lmbt lg nk pegi.semangat nk beli awal2.hehe.

    sy da plan nk nek train je pegi bandung dr jakarta.n shoping tu jalan kaki ok je kot.or naek angkutan kota yg kaler hijau tu.ok kot??kan?kan?

  • comment-avatar

    oh lagi 1 kan..ok ke nk dok bertiga??dah la sorang tu lelaki bkn muhrim.hoho.bahaye kot.huhu.

  • comment-avatar

    sorry,nk kaco abg lg dgn beberapa soklan.ngeh3~

    utari tu rate dea dlm rm130/nite. sy da survey hotel laen2. ade lg yg lebih murah n tgh promo skang nih.:D

    ni ade sy listkan kt bwh. ade 2 je.just nk mintak opinion abg yg mane paling dkt nk pegi FO. coz ramai org kate jgn pecaye dgn map.nmpk dekat tp sebenarny jauh bangat. so, tanye la org2 yg lebih hustler.wink*

    Hotel Cihampelas 1
    Jl. Cihampelas 240, Bandung

    Hotel Tiga Intan
    Jl. Sriwijaya no. 74 Bandung, West Java, Bandung

  • comment-avatar

    ok.byk gak soklan ni.. takpe , saya jawab satu2 okey πŸ˜€ jawapan saya dlm HURUF BESAR

    pasal room booking pulak mcmane ye?? sy memg nk book utari tu je la memandangkan mcm lame plak nk pegi kn.

    BOOKING BOLEH BUAT AWAL SEMINGGU. TAPI DR INFO TERBARU, UTARI DH MULA MINTAK DEPOSIT. SO DLM 2 MINGGU SEBELUM PEGI TU CALL JELA UTARI UTK BOOKING

    sy da plan nk nek train je pegi bandung dr jakarta.n shoping tu jalan kaki ok je kot.or naek angkutan kota yg kaler hijau tu.ok kot??kan?kan?

    ANGKUTAN KOTA, SAYA TAK BERAPA GALAKKAN LA KECUALI TEMPAT YG DITUJU ITU STRAIGHT LINE HEHE. SEBAB KITA TAK TAHU ANGKUTAN PUNYA ROUTE KAT SANA. SAYA PON TAK TAHU. BILA KITA TANYA DIORG, DIA AKAN ANGGUK JEK SEBAB NAK DPT PASSENGER. SAYA AGAK SUSPEN JUGAK NAIK ANGKUTAN NI HEHE.. SELALUNYA SAYA NAIK TEKSI JEK

    oh lagi 1 kan..ok ke nk dok bertiga??dah la sorang tu lelaki bkn muhrim.hoho.bahaye kot.huhu.

    ALA.. BOLEH JEK.. TAKDE SAPA NAK KACO PON. BUKAN BUAT APA2 PON KAN. UTK SAVE BUDGET TU OKLA KOT. KALAU PERKARA LAIN TU SAYA TAKNAK SUBAHAT HEHE

    just nk mintak opinion abg yg mane paling dkt nk pegi FO.

    FO YG BAGUS DAN POPULAR ADALAH KAT JLN JUANDA. JADI CARILA HOTEL YG ADA DI SITU. UTARI HOTEL DAN ROYAL DAGO 2 ADALAH HOTEL YG SAYA PERNAH PERGI. YG LAIN2 TU KENE TRY AN ERROR JELA KAN. 2 HOTEL YG SAYA DUDUK NI MMG DEKAT NGAN FO LA.

  • comment-avatar
    juana 13 years ago

    salam ,

    sayarancang nk ke bandung pada 2011, apa lagi ye tempat menarik yg boleh di lawati selain shoping ?

    • comment-avatar

      selain shopping yek.. ermmm… susah gak nak jawab soklan ni sebab bila dtg sini, mmg tak pikir apa dah selain shopping hehe.. mungkin leh melawat2 kat tempat sejarah la kot. tapi saya tak tahu la plak sebab gi bandung slalunya mmg shopping je kejenye hehe

  • comment-avatar
    syique 13 years ago

    salam abg hazmin..
    sy baru jek balek dari bandung mgg lepas..thxs info lam blog abg..byk mbantu masa nak p ari tuh..pegi rombongan che kiah..11 org..

    jd nak kongsi2 pngalamn kat sana..dok hotel karmila kat jln hj jhuanda..hotel baru renovate..selamat..bersih..rate IR340 000..murah sket dari utari..xyah deposit pon..cuma time sblm p kene call booking..pastu jejak je kaki kat bumi bandung tuh, call tros wat confirmation..

    kita org p gak tangkuban perahu..
    saper yg suka wisata alam,sgt sesuai disitu..tp yg kira nak shopping,dnasihat xyah la p..hehe..tp nxt time nakp kawah putih lak..

    ader satu tmpt yg jarang2 disebot oleh org msia..pasar kazebo..alar2 pasar tani mesia..sgt murah..kalah pasar baru..hehe..tp tlekong xda lar juai kat sini..cuma bahya kat sini byk pencopek..tp yg suka advanture…bley lar coba..wjd pg2 wkend jek..
    yg lain nyer..shopping kat jln riau,cihampelas,cibaduyut,dago..

    dah cuba restoren kg daun?..mmg kelas..xsah kalu ke bandung kalu xp..hehe
    tp kalu nak cuba mknn tmpatan..cuba try restoren sate gule..lazat gler..penggemar kmbing,dsyorkan ke situh..*i tak mkn dgg kmbg..tp kat situ bley telan plak…hehe*
    aniwei..mmg bes p bandung..nakp lagi bulan 12 nie..xabes shopping kat FO..

  • comment-avatar

    thanx abg hazmin!!

    Sy da beli return tix ke BANDUNG teros for 5 days.Amik yg free seats puny tix.Hari raya ke tiga tahon depan da pegi.haha.

    kite org xjadi pergi bertiga memandangkan c dea itu dah nk bertunang. so, xbaek la culik tunangan org bawak pegi jalan2 kan.hehe.

    Thanx for your advise. really helpful. nti sy belanja abg choc..ngee..:)

    http://mycoklatsedap.blogspot.com

  • comment-avatar

    wow syique!!best nyer.thanx for sharing da information.raseny blog abg hazmin ni dah jd kewajipan yg pegi bandung singgah kt sini. cant wait for 2011!!!

  • comment-avatar

    terrific info…mmg berguna sgt2…thanks hazmin…saya rasa awk bole jd tour guide 4 malaysian yg nk kesana…:)

  • comment-avatar

    nk no hotel bole?

  • comment-avatar

    za,

    no hotel rasanya dalam google ada. saya pon cari kat google jek πŸ˜€ sorry

DISQUS: 0