HomeMovie Review

Review : Geng Pengembaraan Bermula – Upin & Ipin (1)

Setelah lama menanti akhirnya aku berkesempatan untuk menonton filem yang menarik Upin & Ipin ini. Dengan komen-komen yang baik dari para pengkrit

Review: LEGEND OF THE FIST: THE RETURN OF CHEN ZHEN
Ulasan Filem : SETEM 2009
Review : Filem Bisik Pada Langit yang mengecewakan

Setelah lama menanti akhirnya aku berkesempatan untuk menonton filem yang menarik Upin & Ipin ini. Dengan komen-komen yang baik dari para pengkritik dan penonton , aku pun dengan ghairahnya menonton filem ini. Dari 5 bintang, aku bagi filem ini 2 bintang.

Jalan Cerita

Bila aku menonton U&I ini, aku tengok jalan ceritanya cukup mendatar. Memang betullah, penulis di Malaysia ini kurang daya imaginasi walaupun imaginasi animasi yang boleh dikatakan tiada sempadan. Aku hairan, dengan produk U&I ini, kenapa mereka ini hanya muncul selepas 30 minit filem ini berjalan. Ini filen Upin Ipin ke atau filem cucu tok dalang?

Perjalanan dari bandar ke kampung juga cukup mendatar. Nampaknya penulis suka bercerita tentang ayam, kambing dan binatang-binatang lain yang tidak memberi sebarang makna dalam filem ini. Ayam yang semata-mata nak melintas sebab mahukan pemandu terbabas, ahaha… sedih aku melihatnya, adakah itu jatuh dalam kategori kelakar?

Kalau nak dikomen semuanya, tak cukup muka surat untuk aku tulis. Jadi aku hanya nak tulis beberapa kelemahan sahaja. Kenapa perlu di’highlight’kan ayam itu? adakah ianya bertujuan untuk membuatkan penonton ketawa? Bagi saya, Upin Ipin versi television jauh lebih baik dari filem.

Upin Ipin, kelebihan mereka adalah kerana percakapan mereka yang selamba, yang takut dengan kakak mereka tetapi ada sifat ingin tahu yang terlalu kuat. Tapi dimanakah kelebihan mereka yang dibawa ke dalam filem ini? Dimana kawan-kawan U&I yang lain. Watak Raju tidak memainkan peranan penting langsung kerana wataknya tidak kelakar sama sekali. Watak kawan2 U&I dari siri TV lebih kelakar dan lebih banyak perangai yang boleh diekspoitasi didalam filem ini.

Hantu Durian

Watak Hantu Durian ini memang baik, tetapi kurang pengenalan kepada penonton. Penonton haruslah diperkenalkan dengan watak ini iaitu dimana asal usulnya, dari dunia mana dia datang. Dan binatang-binatang pelik itu, dimana asal usulnya, dimana habitat mereka? kerana semasa U&I dan kawan2nya berada di tempat haiwan-haiwan pelik ni, mereka boleh dengar suara Nenek dan Atuk mereka. ahahaha…. Jauh manakah tempat itu dengan atuk dan nenek mereka?

Dalam dunia animasi, logik akal masih memainkan peranan penting dalam sesebuah filem.  Walaupun sesuatu perkara itu hanya imaginasi, tetapi logik tetap kena ada. Logik akal dari pandangan saya tidak semestinya mesti logik didunia nyata. Sebagai contoh saya ambil filem hollywood Monster vs Alien. Kalau ikut logik akal, tidak mungkin ada watak-watak sedemikian di alam nyata. tetapi disebabkan ianya dalam animasi, logik kewujudan makhluk-mekhluk pelik itu ada dalam filem ini. Saya bukan cuba membandingkan filem malaysia dan negara luar, tapi saya cuba bandingkan logik akal yang boleh diterima dan tidak boleh diterima dimana logik yang tidak boleh diterima ini boleh jatuh dalam kategori merepek.

bersambung.

COMMENTS

WORDPRESS: 1
  • comment-avatar

    Sampai ke hari ni, anak buah saya suka tengok cerita ni ulang2 sampai dah boleh hafal dialog dan plot cerita dia.. saya pun hairan kenapa dia highlight kan ayam tu.. tapi semalam pertama kali saya nampak kejadian tu berlaku depan mata saya.. memang kelakar.. saya blurr hahaa.. sampai terlupa nak tekan brek, cuma brek mulut je “a a a a”.. adoii aptb.. nasib ayam tu takde apa2 😀

DISQUS: 0