HomeMy Blog

Apa ada di Bandung Indonesia?

Salam semua, Nampaknya ramai jugak yang bakal mengunjungi bandung dalam jangka masa terdekat ini dan juga sepanjang tahun ini. Bagi yang pertama ka

Quotation untuk Sewa Kenderaan dan Hotel
Pengalaman di Bandung 2011 bhgn 1
Bandung Trip 2009 – 3 weeks later

Salam semua,

Nampaknya ramai jugak yang bakal mengunjungi bandung dalam jangka masa terdekat ini dan juga sepanjang tahun ini. Bagi yang pertama kali ke sana, mesti ada yang bertanya apa ada di sana sampai ramai orang Malaysia suka berbelanja di sana. Saya akan berikan sedikit sebanyak jawapan dari persoalan ini 😀
Kebanyakkan yang saya tulis ini adalah seperti revision untuk artikel-artikel saya yang terdahulu. Saya ada juga update beberapa maklumat terbaru untuk bakal-bakal pelancong malaysia ke bandung ini 😀

Tempat Membeli-belah

Kalau sebut pasal Bandung, semestinya ia terkenal dengan tempat membeli belah yang murah sama ada berjenama atau tidak. Selalunya org malaysia akan ke rumah mode dan van java. tapi bagi saya, saya lebih suka ke Factory Outlet (FO) di Jalan Djuanda dan Jalan Dago termasuk juga di kawasan sekitar FO Heritage.
FO yang saya sebutkan ini macam mesti pergi la bagi saya. FO-FO ini berdekatan dengan Hotel Utari dan Hotel Dago 2.

Bagi mereka yang suka membeli belah barang-barang seperti langsir, kain baju kurung dan macam-macam lagi, boleh juga ke Pasar Baru. Tempat ni kalau nak diikutkan syurga bagi perempuan lah. saya tak minat sangat ke sini hehe. Macam-macam ada kat pasar baru ini. Kalau nak cari kad kahwin atau panggilan sana Kartu Undangan pon boleh cari di pasar baru ni. Kat mana kedainya? itu kena cari sendiri la ye 😀

Hotel

Penginapan di Bandung ini cukup banyak. Tapi diantara banyak-banyak hotel ini, saya pernah menginap di Hotel Utari dan Dago 2. Jadi saya hanya boleh rekomen 2 hotel ini sajalah berdasarkan dari pengalaman saya. tapi kedua-dua hotel ini memang yang terbaik bagi saya sebab harga yang ditawarkan cukup murah dan juga selesa. Utari harganya lebih kurang dalam RM100 lah. lebih kurang ye, kalau nak lebih tepat, call saja hotel ini. maklumat hotel ini boleh cari di google.

Dago 2 pulak, diantara yang murah lah. harga dalam RM60 Lebih Kurang. tapi hotel ini tak boleh booking. Kene terus ke hotelnya untuk dapatkan bilik. kedudukan hotel ini dekat saja dengan FO di Jalan Djuanda. Walking distance saja 😀

Hotel Utari

Hotel Dago 2 (bertentangan dengan Royal Dago)

Terbaru, dari pengunjung blog saya ini, ada satu lagi hotel yang juga murah iaitu hotel Cihampelas. harga yang ditawarkan menurut sahabat kita ini ialah RM57. Saya ada letakkan google map dibawah ini. Lihatlah map di bawah ini untuk melihat kedudukan hotel utari dan Cihampelas ini.


View Larger Map

Kalau nak mudah bergerak, mudah makan dan shopping, Utari sesuai untuk mereka-mereka yang pertama kali ke sana sebab sekitar utari semua ada, Kedai makan dekat (pizzahut, KFC, restoran padang) FO ada satu dibelakang utari, sekarang dah 3 tingkat kalau tak silap saya. semua ada disitu. malam-malam kalau boring duk hotel, boleh singgah jap kat FO ini.

Tempat Makan

Saya dapat tahu yang dihadapan Utari sekarang iaitu di bangunan Plaza Dago ada restoran baru yang boleh tahan sedapnya. kalau sesiapa pergi kesana, harap boleh cuba makan disitu dan berikan komen anda di blog saya ini 😀

Selain dari itu, tempat yang mesti saya singgah untuk makan ialah di Dapur Sangkuriang. Tak pernah miss kalau saya ke Bandung hehe. Kalau nak kesana, bila naik teksi atau supir, cakap saja nak ke Dapur Sangkuriang. jamula selera anda disitu puas2 hehe.

Saya rasa itu sajalah diantara sebab-sebab kenapa Bandung ini best. Selain dari shopping murah, makanan disana pon sedap-sedap.

Kalau ada sesiapa yang mencari supir atau kenderaan, mungkin boleh cuba nombor yang saya berikan ini. Tapi saya tak pasti sama ada beliau masih menjalankan perniagaan ini atau tidak kerana saya dapatkan nombor ini pun dari kawan saya yang kebetulan masih menyimpan nombor beliau.

Pak Wawan – 0062-818628986

cuba sajalah nombor ini. mana tahu kalau-kalau dia masih buat bisnes supir dan sebagainya. Saya tak pernah menggunakan khidmatnya tapi kawan saya pernah. apa-apa pon cuba jelah kan.

maklumat berkenaan airport tax, amaun terkini ialah 75 ribu rupiah seorang. (info dari sahabat kita NiniBest). dan pesanan dari NiniBest, katanya bila nak bayar tu pastikan jumlahnya tepat kerana kalau mintak baki nanti mereka campak je duit balance tu hehehe..
so jgn lupa simpan dulu duit ni sebelum nak shopping hehe

Akhir kata, kalau anda gembira dengan blog saya ini, bolehlah klik pada tempat-tempat yang sepatutnya sebagai tanda sokongan anda hehe..

Terima Kasih

COMMENTS

WORDPRESS: 62
  • comment-avatar
    Dayang 13 years ago

    Salam. Nak tanya. Sorry yer 🙂 Kalau saya amik Hotel Dago 2, kira dekat lah pegi mana2? Sebab saya plan nak pegi Jln Riau, Jln Dago, Pasar Baru, Ciwalk. Kalau Hotel Cihampelas tu jauh, tanak lah amik Hotel tu. Lagi satu, flight kitorang dari KL ke Bandung malam. Kalau kitorang tido kat airport tu bahaya tak? Sebab sampai pun pukul9 lebih kat Bandung. Kalau sempat jalan2 kat sana malam tu best jugak. Hehe..

  • comment-avatar
    Norzalilawati 13 years ago

    nak tanya, …….ada jual sunglasess ke kat sana????? yg branded punya, tapi murah????
    heheeeeeeeeeee…….ini tanda sokongan padu akak atas blog hazmin ni tau!!!!

  • comment-avatar

    dayang,

    dago 2 tu dekat dgn FO di djuanda. jalan djuanda ni byk FO favorite saya. walking distance jek. naik naik teksi pon kalau nak ke pasar baru atau heritage jek.

    ala, sampai kul bape pon, bgtau awal2 kat utari tu kata nak check in malam, takkan tak boleh kan. terus ke utari jek. 2-3 hari nak ke bandung call dulu dr mesia bgtau bila nak sampai.

    shopping sana, kol 9 dah tutup. kol 9 mlm kat sana mcm kol 10 kat sini le hehe.. tak silap saya kol 8 dah tutup kot. lupe plak

  • comment-avatar

    akak wati,

    yg tu tak perasan plak. kalau ke shopping complex ada la kot. tapi harga lebih kurang mcm mesia je kot hehe. terima kasih bg sokongan. jgn lupa klik iklan hehe…

  • comment-avatar
    Miasara08 13 years ago

    Saya sampai Bandung je nanti apa yg patut sy buat? Yg kena bayar tu apa pulak? 1st time ni. Hehe.. Sori2..

  • comment-avatar
    Miasara08 13 years ago

    Lupa pulak.. Nak tanya lagi. Maaf ye Hazmin.

    1. Airport tax tu kira mcm mana nanti?

    2. urusan imigresen agak2 lama tak? sbbnya masa terhad agak2 berapa jam awal dah perlu ada kat airport?

    3. Kalau naik teksi kat sana ambil yang bluebird je kan kalau tak nak kena tipu? Hehe. Kan?

    4. Kat sana harga Blackberry murah tak? Sy ingat nak beli laptop and BB kat sana. Harga dia agak2 macam mana?

    Terima kasih 🙂

  • comment-avatar

    miasara,

    yg kene baya tax tu bila nak balik mesia. diorg ada airport tax yg kene baya setiap org. kita pon ada tapi kita baya skali tiket kapal terbang mcm airasia kan 😀

    sampai2 jek, mcm biasa la.. isi borang imigresen pastu ke kaunter imigresen pastu amik beg. tapi jgn risau… ramai org kat situ.. ikut jek apa diorg buat hehe. kalau takde beg besar2, leh terus ke teksi pastu check in jela. pastu baru la shoppinh hheehe

    kalau nak balik mesia tu, pegi awal sejam la. 2 jam lagi baik mana la tahu jem ke ape ke kan.

    naik teksi apa pon boleh kot. saya aritu naik jek teksi mana2 asalkan ada meter. tapi kalau selese ngan bluebird, naik je bluebird. byk gak teksi bluebird ni.

    henpon ngan laptop tak tahu la plak. murah la kot. tapi henpon sana sama spec ke ngan kita. takut nanti beli2 tapi takleh guna huhu. tapi saya tak nak komen apa2 la sebab saya tak penah beli barang2 elktronik tu 😀

  • comment-avatar

    wah ramainya yang nak ke Bandung…saya dah pergi raya cina yang lalu..memang best..insyaAllah kalu ada rezeki mmg nk ke sana lagi tahun depan…mmg tempat shopping yg best….makan pun murah…

  • comment-avatar

    salam,saya nak ke bandung tp bc kat blog kwn2 katany beli tiket trus ke jakarta n naik ketapi ke bandung..say survey air asia mmgla murah sikit klo ke jakarta…saya ingin travel sendiri.last year kami ke medan mmg guna pakej tapi tahun nie ingat nak redah je….blh bg idea??

  • comment-avatar

    ema,

    kalau pendapat saya, lebih baik pergi direct flight ke bandung dr turun jakarta. walaupun murah turun jakarta tapi ema rugi masa kurang2 8 jam pergi balik. bayangkan 8 jam tu boleh beli belah byk mane. penat lagi nak travel dr jakarta ke bandung. itu pun kene amik kisah jugak kan.

    bg saya, better terus ke bandung. kalau nak ke jakarta, lain kali travel ke jakarta saja pulak.
    kalau terus ke bandung, byk masa boleh diguna utk shopping. tak dela nak buang masa di atas jalan dan keretapi. sebab kalau saya, saya akan guna every single minute untuk bershopping hehe.

    dr hotel ke airport pon dekat jek. so kalau flight kul 12 tgh hari, pagi boleh gi last minit shopping lagi hehe.

    jadi kesimpulannya, kalau dr pendapat saya, better gi terus ke bandung. tambah2 nak ke sana sendiri je kan. 😀

  • comment-avatar
    Aisya 13 years ago

    Salam..

    Dear Admin,

    15Jun depan saya nak pegi Bandung untuk pertama kalinya.. nak tanya, saya dah try call Utari Hotel tapi tak dapat-dapatlah.. tak pun mgkn code tak betul.. boleh bagitau tak code nak buat panggilan antarabangsa tu?..satu lagi..kalau nak buat bookingkan.. kita kena buat payment terus ke atau buat payment je masa nak check in?..

    Terima kasih.

  • comment-avatar

    Aisya,

    rasanya kene cek ngan TM la pasal kod tu. website diorg ada kot.

    bab booking tu, kata salah seorg visitor kat sini , kene baya deposit. rasanya melalui kad kredit atau bank in.

    ada jugak alternatif lain, chihampelas hotel pon ok cuma jauh skit dr jalan dago la. my family penah dok sana semalam sebab utari penuh. siap hotel jemput kat airport lagi huhu. tapi disebabkan dah biasa kat utari, dok semalam jek kat chihampelas tu lepas tu sambung lagi 2 malam kat utari hehe.

    chihampelas tu boleh cek rate dia kat agoda.com.my

  • comment-avatar
    Aisya 13 years ago

    Dear Admin,

    saya dah buat booking kat Utari dah…tak pyh buat pembayaran dulu..byr waktu check in jer.. skrg rate untuk 1 malam dah rp40000(rm142)… takpe, yg penting selesa…

  • comment-avatar

    Aisya,

    nampak mcm dh naik harga skang utari. mungkin byk sgt org mesia yg baca blog ni gi sana kot huhu. tapi masih kira murah lagi lah kah. selesa pon selesa. dekat plak tu ngan FO. Teksi pon senang dapat. lambai tangan depan hotel jek hehe.

    selamat bercuti 😀

  • comment-avatar
    kak shima 13 years ago

    admin,
    akak nak gi Bandung 2hb jun ni sampai 5hb Jun.

    Agak2 banyak tak blouse untuk org size besau.. al maklum akak ni size besau sikit huhuhuhu.. ko kata bawak 2 helai jer atau sehelai sepinggang.. .. buat nyer tak der saizzz mau aku cekak pinggang kang hahahahahahha

    lagi nak tanya. beg pakaian murah tak? akak ingat nak pi lenggang kangkong jer pas tu beli beg sana dgn barang2 shopping. okay tak idea tu?

  • comment-avatar

    kak shima,

    haha.. pandai akak wat lawak yek. baju tu byk kak. tapi kalau akak tak konfiden. bawak jela 3-4 helai hehe. 3-4 helai byk mane sgt tak . beg tu susah nak cakap la kak. rasanya harga lebih kurang mesia gak. nak cari tu satu hal plak. buatnya dh beli belah byk2, beg plak tak jumpe yg bagus2. cari kat mesia yg lipat mcm saya tunjuk tu. senang nak bawak pakaian shopping. leh masuk dalam bagpack jek.

  • comment-avatar
    a_azura73 13 years ago

    Salam admin,

    just nak tanya pendapat, saya nak ke bandung 09 june ni, tapi saya tak booking hotel, ingat nak redah aje, kat sana nanti baru cari, rasa2 ok tak?ke mmg kena tempah awal2?

    tq

  • comment-avatar
    ayuali 13 years ago

    slam hazmin..
    tertarik ngan tips yg diberi ke bandung nie.. saya nak pergi ke bandung tapi lama lagi dalam bulan 11 kang..so nak prepare betul2 nie…hehehe..

    fisrt..yang nk pergi 2 dewasa 2 kanak (6 dan 9 tahun ) so ..wet airport tax tu setiap orang termasuk kanak2 sekali ke ?

    secand…saya nak pergi tanpa agent travel..kira redah ajer lah nie….kalo saya nak pergi ke tangkuban perahu tu ..bagaimana ? naik teksi murah tak ? ada altenative bole diberikan tak ?

    sekian buat masa ini soalan yang bermain di fikiran ..kira banyak lagi nie….harap dapatlah memberi jawapan yang tepat dan jujur ok…
    wasallam

  • comment-avatar

    a_azura73,

    hotel kat sana mmg byk. kalau nak redah je boleh je tapi harga mcm2 la kan. takut yg murah sume penuh tinggal yg mahal jek. rugi plak tak gitu. sbb gi sana nak shopping, hotel tu nak tdo mlm je hehe. kalau saya la, saya book hotel dulu, so bila sampai sana, boleh terus check in dan lepas letak bag sume, leh terus start shopping. kalau tidak nak kene cari hotel dulu la, itu la ini la kan hehe. tu cadangan saya jela.

  • comment-avatar

    ayuali,

    airport taxx mmg utk setiap org :D. kalau nak cari hotel, book utari. harga dalam RM140 semalam. selesa dan dekat dgn FO dan kedai makan 😀

    tangkuban? alamak yg ni saya takleh nak tolong la sebab saya tak pernah pegi. saya ke bandung mmg semata2 shopping jek hehe. ada juga pengunjung2 blog ini yg ke sana pakai supir sebab senang nak berulang alik. kalau nak naik teksi, rasanya boleh sewa utk satu hari la. saya pernah sewa teksi satu hari dalam 350k sehari (8 jam). tapi saya sewa teksi ni utk ke pasar baru jek sebab time tu baru jejak kaki ke bandung hehe

    kalau pegi ke FO atau pasar baru naik teksi, cuba tanya driver teksi tu, nak ke tangkuban pergi balik bape dia charge. 😀

    kalau ada soklan , silakan bertanya. saya sedia membantu sekadar yg mampu. hehe.

  • comment-avatar

    kepada semua, jgn lupe klik pada tempat2 yang sepatutnya sebagai tanda sokongan ye hehe.. time kasih 😀

  • comment-avatar

    Hi admin,

    saya akan ke bandung pada 12/6/11….. just nak inform hotel kenangan pun ok gak…..tengok dalam website tu nampak selesa and murah…lagipun hotel just utk tido jek…the rest shop till u drop baby….hee hee hee……
    bleh call miss natalie utk booking…no deposit……ada pick-up service from/to airport….tq

  • comment-avatar

    hi,
    sy n kwn sy bakal g jakarta on 2nd June (smpi sana dlm jam 7pm) n kitorg nak direct nek train mlm g yogya (8-12hrs) so pagi 3rd june smpi la..after a day kat yogya..tgh mlm nek tren lak g bandung n smpi bandung dlm jam 4 pagi on 4th June (bdasarkan jadual train dorg)..lepas tu sehari kat bandung cukup ke?sbb kitorg plan bmlm 1 mlm d bandung n pagi 5th june gerak balik jkta..flite mlm so angan2 nak round jkta sikit..or shd we stay kat bandung smpi tgh ari n direct g airport jkta lepas tu? u rasa ok x itinerary kitorg ni?atau crazy?hahaha..2 mlm tdo dlm train…pls advice..otherwise..we cancel the trip to yogya..

  • comment-avatar

    ely,

    thanx for the info :D. hotel ni kat area mane yek? nanti bila balik mesia, cite la skit pengalaman kat hotel kenangan ni hehe. bolehla pengunjung blog ni ada alternatif lain selain hotel yg dah saya ceritakan hehe..

  • comment-avatar

    YUMI,

    honestly, mmg agak gila la hahaha… mmg adventure abis la trip ni huhu. bg saya la, kalau trip ni, plannya menikmati keindahan indonesia dan jalan2 hirup udara segar, plan ni mmg paling bagus lah.

    tapi kalau plan nak shopping, better gi bandung jek hehe. masalahnya jakarta, yogja dan bandung mmg tempat yg seronok utk dilawati. masing2 ada kelebihan masing2. kalau baget beso, pegi lah 3 tempat ni pada masa yg berbeza. maknanya lawat satu2. barulah boleh jalan2 puas2 kat jakarta, bandung dan yogja 😀

    apa pun, ni sekadar pendapat saya jelah. yg nak bercuti nya yumi, bila tanya saya, saya pon bglah pendapat saya hehe.

    train tu bg saya agak rugi masa lah. masa kita dlm train tu boleh digunakan utk mcm2 aktiviti. tapi kalau mengikut pilihan pertama iaitu jalan2 menikmati keindahan, mmg tak rugi la. hehe jgn salah paham pulak maksud saya. saya harap pendapat saya ni boleh membantu plan yumi nanti 😀

  • comment-avatar

    Hi,

    hotel nie terletak kat JJl. Kebon Sirih no.4
    Telp. +62 (22) 4213244/4235284/4236156
    Fax. +62 (22) 4213243
    Bandung 40117 Indonesia
    http://www.kenanganhotel.com

    tq.

  • comment-avatar
    ayuali 13 years ago

    thanks hazmin…. sudi jawap soalan saya….kurang dah cikit serabut nie….

    ok…nie lg satu hal…saya x pakar dlm wet rupiah nie..kalo bole lah…..( hrp bolehlah )…
    please….( merayu 2 nie….)

    tolong buat list duit rupiah ngan duit kita…..mula dari rm 1.00 – rupiahnyer…..?

    saya ada print converter rupiah – ringgit…dari blog seseorang..tp angkanyer x nampak lak…( al maklum lah…cilok punyer…hehehe ) ataupun beri panduan ker….blurrr nie..

    twasallam….

  • comment-avatar

    ayuali,

    kalau nak mudah, guna teori saya ni.

    sekarang 10k rupiah = RM3.50
    100k = RM35.00
    1 Juta = RM350.00

    jadi apa2 harga yg dtg, pakai teori 10k = RM3.50. kalau 20k rupiah, RM7 jela kan hehe

  • comment-avatar
    ayuali 13 years ago

    ohhh…gitu rupernyer…..thank’s a lot nazmin…

    kerana banyak membantu….nie tengah sibuk nk booking flight ..

    insyaallah…bulan nov …kalo semuanyer berjalan ngan lancar…..g lah bandung….hehe

    bye..

  • comment-avatar
    gilerkasut 13 years ago

    nk tnye la..kasut branded kt sne murah2 x??
    original or tiruan???
    pakaian lak???
    agak2nye bpe hrge die ek??
    klu murah nk borong bnyk2 wat koleksi..hehe
    tq…

  • comment-avatar

    dua2 ada. tapi bukan kualiti rantau panjang lah. sume kualiti baik punya sebab tu ramai org gi sana shopping. harga mmg murah lah. kene ke sana baru tahu 😀

  • comment-avatar
    Deela Yasmeen 13 years ago

    Saya nak ke bandung julai 2011 ni.saya dah book Hotel Utari.Flight ke Malaysia masa balik nanti kul 6 pagi.agak-agak ada teksi ke pagi tu kul berapa patut saya keluar dari hotel?

  • comment-avatar

    Deela,

    kalau suruh lobi carikan teksi pon boleh. diorg boleh dpt kan. cara lain, bila naik teksi hari last tu, cuba tanya driver tu pagi2 sok boleh dtg amik tak . mesti diorg boleh amik punya 😀
    kuar awal skit la. kalau saya, nak selamat kuar awal 2 jam. biar tdo kat airport dr terlepas flight hehe

  • comment-avatar
    Deela Yasmeen 13 years ago

    Tq for the info.lagi satu nak tanya, mostly tempat shopping tu pukul berapa buka?makanan kat sana kiranya semua halal ke?how about the fast food. lagi satu hotel utari tu jauh tak dari Institut Teknologi Bandung?saya ada conference kat situ.

  • comment-avatar
    Ihsan 13 years ago

    hi all,
    Meski stay in Jakarta recently, senang rasanya bila tengok banyak jiran malaysia visit kampung saye Bandung nak ber-shopping & culinary experience kat sana.
    Izinkan saye beri beberapa hal yang mungkin bermanfaat untuk semua yang mencadangkan visit Bandung:
    1. Stay at affordable hotels such as Utari, Dago2 at Jl. Djuanda (Dago) area is good. Beside affordable price, the location is at the heart of Dago FO area and also inthe heart of Bandung.
    2. Another FO area is at Jl. LLRE Martadinata (Riau) area. Some affordable hotels in this area are: Hotel Rorompok (beside BII Maybank) and Hotel Progo (at Jl Progo, backside of Heritage FO)
    3. If you addicted to Rumah Mode, AFAIK, theres a nice hotel on construction across the street. Other, 200s meters south on the same street theres Sany Rosa Hotel (across MC Donald)
    4. Have you visit museum lately? The biggest geological museum in Asia is in Bandung. Located at Jl Diponegoro near to Gedung Sate. Open daily, except Saturday and Sunday Open based on request by group visitor only. Across this museum theres Jl Cisangkuy, place for historical homemade Yoghurt and other Indo-Dutch snack. Your children can also try horse riding here
    5. You like to eat bratwurst? Try our finest Winner-Bratwurst. Theres 2 outlets, one near to Rumah Mode. Other, try Rumah Sosis. Here, beside you can find variety menu of bratwurst, you can swimming too. In Bandung we have Bratwurst tradition since early 80s.
    6. How about local steak kitchen? I proposed Suis Butcher. One of the outlet is in Riau FO area and original site located at Setiabudhi street. This Suis Butcher est in early 80s
    7. For authentic Indo-Dutch pattiserie, you may visit Toko Roti Kue Merdeka at Jl Merdeka accross Plaza Bandung Indah, near dago. Visit also Toko Kue Bawean/Sweetheart at Jl LLLRE Martadinata (Riau) or at Jl Bawean. Other Tizi’s Bakery at Jl Kidang Pananjung at Simpang-Dago.

  • comment-avatar
    Ihsan 13 years ago

    8. For tranportation, Taxi with meters are economical. Blue Bird, Putera or Cipaganti Taxi Max is recommended. If you travelling in group above 4 below 10, you better hire/rent a minibus + driver. Cost around Rp 300-500 k per day (12 hrs) depend on type of cars. This is not include gasoline and tips for driver. Ask for assistance from the hotel official for this to avoiding bad renting service.
    9. Newest amusement park open recently is: Transtudio. This was claimed as one of the biggest indoor themepark in the world. Located in Bandung Supermall complex along with 2 ***&***** stars hotel at Jl Jend Gatot Subroto. Ticket Rp 200 k weekend Rp 150 k weekdays
    9. If tourist, both local and international is still addicted to visit FO for cheap branded goods, we native Bandung already switched our interest to local brands!. Theres hundreds local brands produced by young/well-known designer come and go everytime. Some brands you may want to check: C-59, Export, Eiger, Alpina, Giant, Jayagiri, Cardinal, Yongki Komaladi, Edward Foreer, Donatello, Papillon, Tomodachi, etc
    10. Two best university in Indonesia are in Bandung. ITB or Institut Teknologi Bandung at Jl Ganesha (Dago Area) and Unpad or Universitas Padjadjaran at Jl Dipatiukur and Jatinangor Education Complex. In Medical Faculty of Unpad, many malaysian student
    11. In Q3 2012, you will enjoy Cable Car in Bandung. Currently still on construction. The Cable Car will be connecting three main sites in Bandung: Pasteur -to- Parijs Van Java Mall Complex -to- ITB convention centre at Dago Area. One of the route will be along with Pasupati Bridge, one of Bdg landmark
    12. If you like to try Local Steak Kitchen, I suggest you to try Suis Butcher. One of the oulet is somewhere in Riau FO area. Other is in Setiabudhi street near to Gegerkalong. Est since 1980s
    13. For bratwurst lover, Bandung also have local brands for this. Try Winner Bratwurst, one of the outlet near to Rumah Mode. This brand as old as Suis Butcher. Other you may try Rumah Sosis in Jl Setiabudi. You can swim and eat there.
    14. Local Food and Beverage? Nak pengsan saye bila cerita. At least you must try Amanda Brownies, Kartikasari Pisang Molen Keju and Durian and Peuyeum Molen Keju, Es Cendol Elizabeth, Batagor Kigsley or Batagor Riri, Lomie and Gado-gado Jl Tengku Angkasa, Toko Kue Merdeka, Toko Kue Bawean/Sweetheart, Tizi’s Bakery and Cake. Ask your Hotel info or taxi driver for the location

  • comment-avatar

    Deela,

    eermmm kalau tak silap, dalam pukul 8 dah bukak kalau Pasar Baru. FO mungkin bukak kul 9.

    makanan setakat yg saya pegi sume halal sebab kedai sume yg saya pegi yg besar2 jek mcm restoran simpang raya. restoran ni jual masakan padang. dapur sangkuriang pon best makan kat situ dan halal jugak 😀

    saya tak pastila jauh atau tidak institut tu. cuba bukak googlemap. tapi nak cari teksi mudah jek. kalau nak supir, saya ada bg contact number kat topik terkini saya. bleh cek kat situ

  • comment-avatar

    Ihsan

    wah panjang jugak komen anda. hehe terima kasih sebab sudi kongsi di sini. semoga bermanfaat utk pengunjung blog ini 😀

  • comment-avatar
    Ihsan 13 years ago

    senang bisa membantu
    maaf saye tulis comment in english kerana saye rasa sulit tulis in malaysian malay, daripada silap makna…
    jika ada hal lain ingin ditanyakan, jika ada masa saye akan bantu, insya Allah
    btw, ITB located near to Hotel Utari, sebelah utaral/north side. about 800meters

  • comment-avatar
    accila 13 years ago

    hai..

    sya nak gi bandung august ni with my mom. ni kali pertama nak gi bandung. so sekarang tgh survey hotel. x tau nak pilih hotel mana but my priority yg murah2 je la..

    nak tanya klu hotel area jln cihampeles and jln cipaku jauh x dari tpt shopping yg besh & murah? klu jauh takot penat la pulak sbb wkt tu kan bulan ramadhan.

    better dok di hotel mahal ckt tapi dekat tpt shopping or dok hotel murah but jauh ckt dr tpt shopping? hazmi prefer yg mana??

    TQ

  • comment-avatar

    accila,

    hotel yg saya rekemen tu sebenanrya mmg yg terbaik dan paling sesuai dr segi harga dan kedudukan hotel. paling strategik hehe. dekat dgn FO dan tak berapa jauh dgn pasar baru (naik teksi kejap je sampai). jadi kalau 1st time, saya cadangkan dok kat utari atau hotel sekitarnya. (dok utari jek hehehe).tempat makan ngan FO sebelah menyebelah jek. kalau gi 2nd time, leh try kat royal dago 2 pulak.

    cihampelas tu agak jauh la dr FO2 yg saya bgtau dan rekemen dlm blog ni. kalau tanya pendapat saya, area utari dan dago 2 tu adalah yang paling strategik. lepas mkn malam, kalau nak shopping leh singgah FO kat belakang Utari hehe. besar gak FO tu.

  • comment-avatar
    accila 13 years ago

    sya ada tnya member yg stdy kat sana and dia pon suggest kt hotel utari.. 🙂

    besides that, dia ada suggest lg 1 hotel, hotel karmila. ok x hotel tu? tgk dlm maps google kedudukan utari and karmila dekat je.

    lagi satu, utk trip bulan puasa ni banyak ke barang yg perlu dibawa or sama je dgn waktu lain. dkt area tu ada masjid x??

  • comment-avatar

    accila,

    hehe same la plak yek huhu. utari tu mmg paling sesuai la. tapi bukan utari saja lah, hotel2 di sekitarnya jugak boleh pegi mcm karmila tu. sebabnya saya rekemen utari tu sebab disitu saja yg saya selalu menginap. tempat lain belum lagi. dan rasanya takkan cuba dah tempat lain sebab dah biasa dgn utari hehe.

    rasanya xde beza kot bulan pose ke tak. cume kene susun jadual utk bukak pose jela kot. nak sahur rasanya boleh sahur kat hotel utari je( kalau dok situ la hehe)

    nak cari masjid tu utk ape yek? boleh saya tau?

  • comment-avatar
    accila 13 years ago

    bukannya apa, waktu tu kan bulan puasa so klu ada masjid area situ boleh gi smbhg tarawikh. shopping.. shopping juga tapi amalan ibadat jgn ditinggal. betul x? 🙂
    lagi pon boleh tgk cara org sana beribadat, sedikit sebanyak mesti ada kelainannya.

    lagi satu, bila sya patut convert duit RM ke rupiah? sekarang or dua tiga hari b4 pergi sana? rasa2nya dlm sebulan 2 ni duit rupiah akan naik tinggi x?

  • comment-avatar

    oo mcm tu. kalau niat baik, jauh ke dekat ke tak kan jadi masalah kot 😀 . kalau jauh sgt, terawikh ngan mak kat hotel pon boleh 😀

    cuba tgk googlemap.

    duit rupiah tu , kalau takut naik, beli skang pon boleh. kalau nak turun dan naik pon rasanya seringgit dua je kot. ikutla mana yg sesuai. tukar skit2 dulu pon boleh jugak.

  • comment-avatar
    accila 13 years ago

    owh… ok2.. TQ ye :))

  • comment-avatar
    hairyatie 13 years ago

    salam,1x timaksih hazmin krna byk mklumat brguna yg akak jadikn pnduan 1x ke jkrta&bndng nov,2010.tngal kt hotel cihampelas 2 ok,smpai je book,kt jkrta nk jimat nginap di caravan hotel murah&dekat pasar borong tanah abang 5minit naik angkut dari hotel.ke tangkuban perahu sewa avanza 1day 4tmpat(tgkubn prahu,restran kg.daun,pasar baru,f.o mode) supir bawa rp400rbu(pakej dsedia hotel champlas).jika nk ke jkrta-bndung ambik shuttle murah&cepat rp70rbu 1org.banding sewa avanza rp650,000 4org dr jkrta-bndung(hari 1 kena tpu masa smpai airport jkrta).

  • comment-avatar
    Suriani 13 years ago

    Tumpang tanya..apa beza publish rate dgn internet rate eh..sbb saya bukak web Hotel Dago 2 tu..dia tulis camtu…huhu, tp saya rasa harga dia skang lbey RM60 dah~

  • comment-avatar

    suriani,

    kalau tak silap saya, publish rate tu kalau kita call atau walk-in kat sana. internet rate ni kalau book online.

    benda ni mmg dh jadi trend skang. kat hotel2 kat mesia pon sume mcm tu dah. sebab bila internet rate, kita dah baya full. so dia bg murah skit la. mcm air asia la kan huhu

  • comment-avatar
    dilla 13 years ago

    salam tuannye blog…nak tanya lah kalau nak shopping+borong pakaian atau kain ela kat mana tempat yg perlu pergi ya..dan nak tanya bajet ke sana kalau pergi bersendirian berapa ya(harga tambang dari malaysia ke sana)..

  • comment-avatar

    dilla,

    slalunya barang2 tu beli kat pasar baru la. kain ela mmg byk dan murah kat sana.
    kalau bab bajet tu plak, kalau tambang slalunya ikut promosi la hehe. slalu kalau Airasia, kalau nasib baik, boleh dpt RM50 je sehala. tunggu promosi je 😀
    kalau bajet shopping, rasanya RM1000 , kira lebih dari cukup dah kot. kalau kurang pon ok. sebab bab bajet ni subjektif 😀

  • comment-avatar
    noor jamiah 13 years ago

    slam, nk tanya klu stay di orange homes bandung atau Jayakarta bandung ok x, kedua hotel tu dekat n pasar baru n FO, blh suggestkan hotel apa y dekat n pasar baru n FO, tq

  • comment-avatar

    noor jamiah,

    ermmm saya kurang pasti. tapi akak boleh tgk melalui google map. akak masuk je ke wikimapia.com lepas tu search je pasar baru bandung. tgk lah hotel di sekeliling tu.

    FO dan pasar baru tak berada di tempat yg dekat. sama ada akak nak dekat dgn FO atau pasar baru shaja. tak boleh dekat kedua2 skali hehe.

    better dekat ngan FO. pasar baru boleh pegi ngan teksi atau supir shaja

  • comment-avatar

    sala, buln mei ni sy nk pg jakarta… dr jkarta trus trun bndung nk check in, tp x tau lg nk check in mne .. nk pilih orange house tp tkut jauh dgn FO sume… hotel royal dago 2 tu tnguk hrge die 100+ je dlm web btol ker 60 lbih kurg.. klu 70 80 ok lg sbb nk brmlm 4 mlm kt bndung… anyone tlg sye pleasee 🙂

  • comment-avatar
    a.rahman 12 years ago

    saya pun nk pergi satu family ke jakarta dan bandung Disember 2012.any info,pls update….

  • comment-avatar
    nurul 12 years ago

    hye.

    a’kum …

    saya nak tanya, actually im getting married this year.. so, if saya nak membeli dan menempah pakaian perkahwinan mana paling murah..?

    bandung or jakarta.. ? hope u guys will reply to help me.
    thankss. 🙂

  • comment-avatar

    nurul,

    wsalam. sorry lambat reply 😀
    saya rasa yg bagus kat bandung lah. byk pilihan dan murah sikit.
    kalau nak pergi dua-dua tempat pon boleh sebab jakarta dan bandung pon tak jauh sgt 😀

  • comment-avatar
    edazj 12 years ago

    salam,
    saya bercadang untuk membawa keluarga saya pergi ke bandung . Saya mempunyai anak2 kecil berusia 2,3 dan 8 tahun serta ingin membawa kedua ibubapa warga emas… adakah cadangan terbaik dari admin… dan tempat2 kami ingin melawat dan mebeli belah…

  • comment-avatar

    edazj,

    kebiasaannya, kalau di sana, tempat melawat yg popular ialah kawah putih dan tangkuban lah.
    untuk shopping pula, byk sgt kat sana sampai tak terkira.
    FO kebanyakkannya di jalan dago dan riau.
    untuk barang kulit, boleh pergi Garut dan cibaduyut

  • comment-avatar

    salam admin,
    nak tny ckt trans studio jauh x dr town? lg 1 klu caj supir brp xtra caj kna tmbh klu ambk supir admin. thanks.

  • comment-avatar

    wazi
    trans tak jauh sgt. kalau supir takde xtra caj sebab masih dalam bandung. untuk suzuki apv, sehari ialah Rp400,000 ( 12 jam sewa)

  • comment-avatar

    Assalamulaikum. saya akan ke bandung 13-19nov nie. travel 6 org. saya confused, hotel dago 2 nie sama ke dengan hotel royal dago 2? ke ada hotel dago 2 depan hotel royal dago 2? kalau hotel royal dago 2 memang sangat mahal lar kalau nak duduk lame….

DISQUS: 0