HomeMy Blog

Mana pilihan terbaik, melalui Jakarta atau terus ke Bandung?

Salam semua, kali ini saya nak menulis mengenai pilihan terbaik untuk ke Bandung. Sama ada ke sana melalui Jakarta atau terus ke Bandung? Yang mana sa

I Miss Indonesia
Shopping di Bandung 2
Pengalaman di Bandung 2011 bhgn 1

Salam semua, kali ini saya nak menulis mengenai pilihan terbaik untuk ke Bandung. Sama ada ke sana melalui Jakarta atau terus ke Bandung? Yang mana satu pilihan anda dan pilihan manakah yang terbaik? Adakah terus ke Bandung lebih baik dari ke Bandung melalui Jakarta? saya akan berikan pendapat saya mengenai topik ini.

Kebanyakkan pelancong Malaysia akan memilih sama ada melalui Jakarta atau terus ke Bandung. Bagi saya ia bergantung kepada masa, bajet dan tujuan sebenar. Jika tujuan semata-mata untuk membeli belah di bandung, adalah lebih baik menaik kapal terbang terus ke Bandung. Bagi saya, jika mahu melawat Jakarta, pilihlah masa yang berasingan untuk melawat Jakarta.

Ada yang berkata tiket ke Jakarta lebih murah jika terus ke Bandung. Tetapi kita juga kena pertimbangkan faktor-faktor lain seperti masa perjalanan dan kos perjalanan ke sana. Pilihan yang baik adalah terus ke Bandung kerana masa perjalanan dari Jakarta-Bandung boleh digunakan untuk membeli belah.

Di Bandung, lokasi hotel dan airport tidaklah terlalu jauh tambah-tambah lagi kalau menginap di sekitar djuanda dan dago. Pilihan yang saya selalu pilih adalah hotel Utari lah selain dari Dago 2. Kenapa 2 hotel ini saja yang saya syorkan? kerana hanya 2 hotel ini saja yang saya pernah penginap dan akan menginap jika ke Bandung. Hotel lain juga bagus bukan nya tidak bagus cuma saya belum mencuba saja.

Jika ada masa lain, bolehlah turun di Jakarta dan melawat Jakarta kerana di sana juga ada beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Tetapi bagi saya, di Bandung, saya rasa lebih selesa berbanding Jakarta. 😀

Jika di Jakarta, saya rasa lebih baik ada supir kerana di Jakarta, kotanya agak besar tak seperti Bandung. Saya pun agak suspen dengan Jakarta. Jika ada supir rasanya lebih mudah untuk ke mana-mana.

Ada juga pelancong yang sukakan permandangan dan mahu melihat permandangan di sana jika menaiki keretapi. Jika ini tujuannya, bolehlah turun di Jakarta dan naik keretapi untuk ke Bandung. Tapi saya tak boleh kongsi cara untuk menaiki keretapi kerana saya belum pernah naik lagi 😀
Jika ada yang pertama kali ke sana dan ada perkara-perkara yang mushkil dan mahukan penerangan, bolehlah tanya saya di ruangan komen. Saya akan cuba membantu sedaya saya.

Dan jangan lupa sokonglah saya dengan klik pada tempat-tempat yang sepatutnya hehe.. Sekian

COMMENTS

WORDPRESS: 4
  • comment-avatar

    sebenarnya naik train adalah pengalaman yang menyeronokan.. Agro Gede. Naik dari Statiun Gambir. Cost u just Rph 65,000 and it wil take u about 3 hrs to reach Bandung.. Cantik scenery nya.. Cubalah nanti..

  • comment-avatar

    yan,

    yep.. itula.. terpulang pada tujuan. kalau nak makan angin tgk scenery, mmg sesuai la naik train hehe.

  • comment-avatar
    zoora 13 years ago

    tQ hazmin blog. sbb info2 yg best nih ! 😀

  • comment-avatar
    Amsyahril 11 years ago

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

DISQUS: 1