HomeMovie Review

Ulasan Filem : SETEM 2009

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada semua pelakon dan pengarah filem Setem kerana berjaya menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan bert

Review : Geng Pengembaraan Bermula – Upin & Ipin (1)
Review: LEGEND OF THE FIST: THE RETURN OF CHEN ZHEN
Review : Filem Bisik Pada Langit yang mengecewakan

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada semua pelakon dan pengarah filem Setem kerana berjaya menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Bagi aku filem ini setaraf dengan filem Hong Kong.

Kenapa Hong Kong? Ini kerana filem-filem Hong Kong banyak menghasilkan filem-filem yang sebegini. Lihat sahaja filem PTU episod pertama dimana plot utama filem ini adalah berkenaan pistol seorang pegawai polis yang hilang.

Kita tinggalkan dengan kisah filem Hong Kong ini kerana kali ini aku nak mengulas mengenai filem Setem.

Filem ini dimulakan dengan satu Majlis dimana pengumuman untuk mengadakan satu pameran Setem yang paling mahal di dunia dan seterusnya diceritakan kisah sejarah mengenai setem tersebut dengan cara penceritaan yang cukup unik dan baik.

Aku rasa bangga kerana lahir seorang lagi pengarah yang baik dan hebat dikalangan yang terhebat di antaranya Afdlin Shauki, Hans Issac (walaupun baru mengarah tapi filemnya tetap berkualiti), Mamat Khalid dan beberapa orang lagi pengarah yang hebat. Untuk makluman bagi aku pengarah filem congkak, senario dan lain-lain yang box office bukanlah dari pengarah yang hebat kerana filem tidak berkualiti.

Pada pendapat aku, kelemahan filem ini ada satu sahaja dan kelemahannya cukup ketara. Mungkin pengarah terlepas pandang dengan perkara ini. Bagi aku, tidak logik untuk urusan penghantaran barang yang bernilai berjuta-juta ringgit diuruskan oleh syarikat keselamatan yang hanya mempunyai satu kenderaan kebal tanpa ada escort di depan dan di belakang. Kita bercakap berkenaan barang yang nilainya berjuta-juta ringgit, takkanlah nak transport setem itu hanya ada 2 org kat dalam lori dan seorang lagi bawak lori. Ini sajalah kelemahan yang ada dalam filem ini.  Secara keseluruhannya baik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0