Review : Filem Bisik Pada Langit yang mengecewakan

HomeMovie Review

Review : Filem Bisik Pada Langit yang mengecewakan

Kali ini saya nak buat review untuk filem Bisik Pada Langit (BPL). Secara ringkasnya filem ini adalah filem yang sangat mengecewakan. Mengapa menegece

Ulasan Filem : SETEM 2009
Review : Geng Pengembaraan Bermula – Upin & Ipin (1)
Review: LEGEND OF THE FIST: THE RETURN OF CHEN ZHEN

Kali ini saya nak buat review untuk filem Bisik Pada Langit (BPL). Secara ringkasnya filem ini adalah filem yang sangat mengecewakan. Mengapa menegecewakan? Saya akan jelaskan dengan lebih terperinci nanti.

Kita mulakan dengan sinopsis filem ini. Saya ambil dari laman web rasmi pawagam :

Ia berkisarkan tentang keluarga Rosli, seorang bapa yang mahu melawat anaknya yang kemalangan di luar negara. Namun niatnya telah menimbulkan tentangan daripada ahli keluarga lain kerana mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi. Tanpa Rosli sedari, niatnya telah menjadi punca kepada pergaduhan mereka sekeluarga.

Sinopsis yang mudah difahami tapi langsung tiada kena mengena dengan jalan ceritanya.

Berdasarkan sinopsis yang kita tengok tadi kita boleh gambarkan yang si bapa bertungkus lumus berusaha untuk melawat anaknya di Australia sehinggakan ramai yang marah dan punca bergaduhnya dengan keluarga. Tapi adakah benar ia berlaku? yang saya nampak sebaik sahaja berita kemalangan diketahui, si bapa duduk sambil memarahi ahli keluarga yang lain sebab tidak memberitahu beliau soal anaknya memiliki motosikal. Kemudian setelah beberapa ketika, setelah diberi cadangan oleh anaknya, barulah si bapa nak melawat anaknya. Iya betul, memang pelik tapi benar. sungguh tak masuk akal. Kalau diikutkan dari sinopsis, sepatutnya si bapa sudah bertungkus lumus mencari jalan untuk pergi ke Australi sebaik sahaja berita kemalangan diketahui tapi malangnya sebaliknya yang berlaku. Situasi yang digambarkan tidak menampakkan yang mereka sangat risau dan terdesak untuk ke Australia.

 

Siti Hajar dan Motor

Untuk watak Siti Hajar pula, kita dapat lihat pengarah yang tidak langsung kisah dengan watak ini. Tidak ada langsung kisah Siti Hajar yang melibatkan adik beradik dan bapa yang boleh dikaitkan dengan kesedihan dan kehilangan Siti Hajar dalam keluarga mereka. Maksud saya sepatutnya watak siti hajar ini seharusnya dilihat sebagai seorang yang sangat disayangi oleh bapa dan pada masa yang sama beliau juga sangat sayangkan adik dan abangnya. selitkan pengorbanan beliau yang boleh di flashback di akhir filem nanti supaya  dalam tidak sedar adik yang sentiasa marah dan abang yang sentiasa diam dan mengalah, betul-betul merasa kehilangan insan yang bernama Siti Hajar.

 

cukup sampai di sini dulu. Akan bersambung lagi nanti.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0