HomeMy Blog

Spain Juara Piala Dunia 2010

Piala Dunia 2010 baru saja melabuhkan tirainya pada Isnin lepas. Setelah kita bergembira dengan meonoton bola setial hari selama sebulan, akhirnya har

Apa ada di Bandung Indonesia?
Paris Van Java dan Rumah Mode
Nasihat kalau nak Shopping di Bandung

Piala Dunia 2010 baru saja melabuhkan tirainya pada Isnin lepas. Setelah kita bergembira dengan meonoton bola setial hari selama sebulan, akhirnya hari-hari yang mendatang akan menjadi suram kembali. Dengan berakhirnya Piala Dunia 2010 kali ini, Spain dengan bangganya meletakkan nama mereka sebagai pasukan terbaik dunia untuk 4 tahun dari sekarang.
Namun yang tidak mennyenangkan hati ialah perlawanan akhir yang menyaksikan pasukan belanda bermain seolah-olah main rugbi. mereka cuba untuk menutup kelemahan mereka dengan bermain kasar. Yang menariknya, mereka menyalahkan pengadil yang memberikan kad kunig terlalu banyak sehingga memaksa pengadil mengeluarkan 1 kad merah di saat-saat akhir perlawanan.

Tapi haruskah pengadil melihat sahaja kekasaran belanda yang terang-terang mengasari pemain sepayol semata-mata untuk menutup kelemahan mereka dalam perlawanan ini? Adakah pengadil itu memang sengaja suka-suka bagi kad walaupun mereka tidak membuat kesalahan? Jika kita menonton perlawanan ini, kita boleh melihat sendiri yang setiap kad yang dikeluarkan adalah tindakan yang cukup tepat. Jika tiada kad dikeluarkan, mungkin ramai pemain sepanyol akan dikejarkan ke hospital sebaik sahaja perlawanan tamat.

Apa-apa pon, tahniah untuk pasukan Sepanyol. Anda memang layak untuk menjuarai piala dunia tahun ini. Tapi yang pasti, piala dunia 2014 tidak akan semeriah seperti di Afrika Selatan kerana Piala Dunia 2014, waktu perlawanan di sana akan menghalan kita di Malaysia untuk menontonnya dengan tenang. Ini kerana, Brazil, waktu mereka 12 jam lebih lewat dari Malaysia. ini bermakna, jika perlawanan jam 8.30 malam di Brazil, bermakna kita di Malaysia akan menonton perlawanan akhir di Malaysia pada jam 7.30 atau 8.30 pagi. Ya, pagi. sungguh tak bestnye. yang pasti, perlawanan peringkat kalah mati akan diadakan pada waktu pagi di Malaysia. Apa boleh buat. tapi apa-apa pon, biarlah FUTURE HAZMIN yang menghadapinya nanti. hehehe..

Oklah. semoga berjumpa lagi. bye

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0