HomeTV Review

Samarinda – Nigina yang pelik

Salam, Lama tak menulis, hari ini aku nak menulis pasal drama Nigina. Aku nak menulis ni pon sebab tersangat geram dengan jalan ceritanya yang cuku

REVIEW : KL Gangster Underground

Salam,

Lama tak menulis, hari ini aku nak menulis pasal drama Nigina. Aku nak menulis ni pon sebab tersangat geram dengan jalan ceritanya yang cukup hebat lagi mengagumkan bak kata Elyana tak tercapai akalmu. Bagi yg tak prnah tengok drama luar memangakan kata nigina ini biasa-biasa saja, tapi bagi aku yang suka tengok drama luar dan dalam , bg aku Nigina ini memang hebat lah. penulis skrip dia memang hebat dengan imaginasinya.

Dipendekkan sinopsis cite ni, Iskandar cari kerja, jumpa kawan dia nama Nigina. Nigina suruh ayah dia yg kaya amik Iskandar keje kat ofis ayah dia. Ayah dia terima sebab iskandar ini seorang yang HEBAT sebab sebelumni dia dah jayakan projek berjuta-juta ringgit. Dalam Company Datuk Hambali (ayah Nigina) ada partner dia dan anak dia nama Sofea. Sofea pulak berkenan kat Iskandar. Lepas tu, dipendekkan lagi, Sofea bawak kete depan Iskandar lepas tu brek mengejut. Kecederaan yang cukup DASYAT sampai boleh hilang ingatan (kekeke). Lepas tu bapak Sofea ni (jugak partner datuk hambali) cakap demi anak dia, tolong la suka kat anak saya. kalau tidak saya report polis sebab Iskandar langgar anak dia sampai hilang ingatan.

Dalam masa yang sama, bapak sofea ni nak jatuhkan syarikat sendiri (logikke?) dengan buat penipuan projek yg tak wujud dan jadikan ISkandar jaga projek itu. Projeknya kat Afrika Selatan (Jauhnye). Nilai projek tak silap aku dalam 200 juta. Lepas tu konon duit suma dah bayar tapi rupanya projek tak wujud hhehe. Datuk Hambali pon mati (terkejut kot) hehe

Lepas tu, dengan gunakan anak sendiri iaitu Sofea,  bapak sofea ni ugut la syarikat rugi sebab Iskandar. So kalau dia tak kawin ngan anak dia, dia akan saman Iskandar (part ni paling best). Ugutan nya termasukla bukti2 dia guna duit syarikat sebanyak puluhan ribu untuk tujuan traveling dan kegunaan lain utk close project tu (siap dengan resit).

Jadi Iskandar ni kiranya TERSEPIT LA sebab dia taknak kat sofea,tapi nak kat Nigina. Apa yang TERSEPIT aku pon tak paham.

Selesaila sinopsisnya. jadi apa yang pelik? nampak macam ok je. hehe..

Yang buat akurasa cite ni hebat ialah:

1. Kenapa Iskandar tu takut sangat dengan bapak sofea ni? kau dah pegang anak dia. anak dia gila kat kau. apa yg susah sgt, ko gunala anak dia untuk counterattact datuk tu.

2. Dengar kata Iskandar ni seorang yang BIJAK dan Hebat, tapi takkan la bila org kata projek tu palsu, ko tak pergi ke Afrika sana siasat sapa yg buat keje, sapa dalangnya, sapa yang buat dajal dengan kau. yang kau takut sangat nak kena saman tu apsal? kalau dia saman, rahsia bapak sofea ni pon akan terbongkar jugak. so apa nak takot? ini bila dah tahu kena tipu, takde tanda2 nak melawan pon, kot2 nak siasat ke, cari pompuan yg deal ngan Iskandar pon tarak.

3. Ini kes Laki suka kat pompuan dan pada masa yg sama ada pompuan lain suka kat laki ini. Jadi apa yg masalahnya? Kawin jela dua2 tu. Ni bukan kes pompuan kena paksa kawin antara 2 lelaki. (lemah betol penulis skrip ni).nasihat aku kat penulis skrip ni, lain kali kalau nak buat konflik mcm ni, jgn la buat laki nak pilih 2 pompuan, tapi buatla pompuan nak pilih 2 laki. Untuk bg cerita ni lebih pedas, ko buat la Iskandar ini kawin senyap2 dengan Nigina tapi pada masa yang sama diorg dah berpakat utk kawin dengan sofea jugak. tapi tujuannya nak mengembalikan harta dan membalas dendam atas kematian datuk hambali. jadi berpura2 baik dgn bapak sofea ni dan bina kepercayaan dia sampai dia bg company tu kat ko, lepas tu ko halau dia mcm anjing. baru la thrill. lepas tu ko ceraikan anak dia. (kalau nak lebih dasyat la.) ni ada bini cun taknak main. bodoh ke ape?

4. Ugutan seleweng hanya dengan gunakan modal ada resit dia belanja duit untuk duit belanja dia ke afrika untuk projek. Wahai penulis skrip, kalau ada resit, bukan seleweng namanya. lainlah kalau lepas audit, akaun tak seimbang, barula boleh buat kes seleweng. kalau dah ada resit segala, nak seleweng apa kebendanya? katanya duit tu duit company padahal dia buat keje under datuk hambali. apa punya bangang la. datuk tu punya company, pakai duit company la. lagipun dia buat keje tu semasa projek tu under company datuk hambali. penulis skrip ni ada pengalaman meniaga koperat ke tak? atau tulis ikut imaginasi dia yg lemah tu?

5. Drama ni sebenarnya nak cerita pasal apa? pasal bisnes datuk hambali ke atau pasal cinta? aku pon tak paham. bila datuk hambali kene tipu mcm tu, takde sapa pon yg kisah nak cari dalang dan kembalikan maruah datuk hambali. takda sapa pon yang nak membalas dendam utk datuk hambali. yang dikisahkan ialah MENANGIS sebab Iskandar kene rampas dengan Sofea. padahal Iskandar dah explain berjuta2 kali dah, yg nigina tahu menangis. HAL YANG LEBIH BESAR iaitu bapak dia yg kene tipu tu dah jadi sampah dah.

Terlalu banyak kelemahan dalam cita ni sampai aku tak larat nak tulis dah. Aku pelik penulis skrip ni pengetahuan dia setakat mana? Penulis skrip kalau nak menulis, tulis la benda yang ko tahu. kira org kata apa, your forte. kalau tak pernah bisnes koperat tapi nak buat bisnes koperat, ni yg jadi tunggang langgang mcm ni. buat cite cinta saja senang, tak perlu pengetahuan banyak2.

Macam mana org buat cerita HOUSE dan Numb3rs kalau penulis tak tahu pasal perubatan dan matematik?

kalau tak reti buat skrip yg realistik, email kat aku biar aku bgtau apa yg realistik apa yang pelik. Dan korang kena ingat realistik & logik bukan kerana cerita tu kene kisah yang realiti, tapi realistik & logik bg aku, walaupon ceritanya SCI FI tapi logiknya mesti kena ada.

Stargate, cita dia masuk dalam gate lepas tu masuk planet lain yang semua cakap English.  nampak pelik tapi logiknya ada sebab bila kita ada gate yang ada bermacam2 kombinasi, tak mustahil boleh ke planet yg lain yang kita sendiri tak tahu. dan bahasa inggeris tu hanya untuk menjadikan cerita nya lebih mudah untuk audien.itu lah makna logik dan realistik bg aku.

Buat penulis skrip, kalau ada yang nak nasihat aku, email aku,  aku bg free consultation je.. hehe.. jgn main belasah jek buat cerita asalkan dapat payment tapi cerita menunjukkan kita ni bangang nak buat drama.

ni belum masuk bab penulis skrip yang suka buat cita asal ada RAYA jek, mesti cita tu ada org mati. aku pon tak paham kenapa. tapi kita cita lain kali la bab tu. bye

COMMENTS

WORDPRESS: 2
  • comment-avatar

    Nice article.. hehehe….

  • comment-avatar
    murni 13 years ago

    waa…u ni scrip writer ke? coz u sure have lotsa ideas n very particular. should one day u produce a scrip, mesti drama tu boom kan? sila2 mencuba. and see what others think of your script. (^_^)

DISQUS: 0