HomeTV Review

REVIEW : KL Gangster Underground

Siri TV terbaru dari Iflix KL Gangster Underground ini adalah siri terbaru untuk tontonan pengguna laman web Ifflix sahaja. Percuma bagi sesiapa yang

Samarinda – Nigina yang pelik

Siri TV terbaru dari Iflix KL Gangster Underground ini adalah siri terbaru untuk tontonan pengguna laman web Ifflix sahaja. Percuma bagi sesiapa yang berminat menonton drama bersiri ini hanya melalui Iflix. Drama ini berkisar mengenai ketua-ketua gangster di sekitar Kuala Lumpur kesinambungan dari filem KL Gansgter. Filem ini  membariskan pelakon-pelakon ternama tanah air antaranya Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Nabila Huda Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan dan Daniella Sya.

Saya sudah menonton kesemua 6 episod drama ini. Pujian harus diberikan kepada pengarah drama ini yang mencuba sedaya upaya menonjolkan kesah gangster di Kuala Lumpur. Namun dalam pujian memang banyak kekurangannya. Tipikal filem dan drama melayu yang suka melompat dari satu tempat ke tempat yang lain sesuka hati. Isu atau permasalahan yang dibangkitkan sepanjang drama ini juga sangat dangkal. Isunya adalah kerana dua orang penting dari 2 keluarga yang hangat bercinta dan mahu keluar dari kumpulan gangster dan terjadilah perang besar.

Drama ini dijanjikan tanpa potongan dan semuanya tidak di potong. Ini satu perkara yang boleh diberi pujian kerana kita dapat mendengar dialog yang mencarut dan menyumpah tanpa ada sebarang potongan. Sangat puas hati mendengan dialog-dialog bebas begini.

Apa yang dapat saya lihat ada beberapa plot dalam drama ini yang seolah-olah tidak sepatutnya ada atau diADAkan secara bidan terjun. Bermula dengan lori kontena yang dicuri oleh geng indon yang secara tiba-tiba muncul tanpa ada pengenalan kepada penonton. Yang membuat ia lebih kelakar, mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka curi. Hanya tinggalkan saja kontena itu di depan sarang mereka tanpa seorang pun yang melihat apa yang mereka dapat dari hasil rompakan tadi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0