HomeNews

Filem Paskal yang mengecewakan tapi pecah panggung!

Filem yang teruk walaupun Paskal sebenarnya hebat Bila aku mula menonton filem Paskal, perkara pertama yang kita dapat lihat dalm filem melayu ial

Bandung Budget Hotel
Happy New Year 2009!!!
Anak Pertama : Nasihat untuk Bakal Ayah

Filem yang teruk walaupun Paskal sebenarnya hebat

Bila aku mula menonton filem Paskal, perkara pertama yang kita dapat lihat dalm filem melayu ialah plot yang tunggang langgang. bukan filem ini saja tapi semua filem melayu. Penyakit plot tunggang langgang, huru hara, kejap ke sana kejap ke sini ini hanya berlaku dalam filem melayu tak kira lah filem laku keras atau sendu.

Watak yang sepatutnya hebat, hanya ada masalah dengan ibu yang tak suka dia jadi paskal. Inikah caranya nak mengangkat watak seorang hero dalam paskal? Apa keputusan yang dia buat dalam setiap operasi yang boleh menunjukkan dia seorang pemimpin yang hebat? tiada.

Yang paling teruk sekali adalah operasi terakhir di pelantar minyak. Tak dinyatakan kenapa penjahat nak hijack pelantar minyak tu. Malah yang lagi kelakar, team paskal yang nak serang hendap pelantar minyak, dengan GAYA yang hebat, naik bot, naik KAPAL SELAM ( tak tau apa gilanya sampai kena naik kapal selam, asal boleh bg gempak je kot) bukan main lagi, bila sampai, semua orang jahat tahu diorg dh ada dalam pelantar minyak. Yang ni memang kelakar. mana dia serang hendapnya kalau dah kantoi semua org nampak. Adakah paskal sebenarnya begini? tolonglah pengarah, jangan burukkan imej paskal kita yang hebat ni. pakai otak sikit la wahai pengarah.

Saya cadangkan tontonlah rancangan tv SEAL TEAM. Banyak pelajaran boleh diambil dari situ. janganlah kerana penonton melayu , kau main hentam kromo je.

Oklah sampai sini saja. Banyak lagi yang boleh dikritik tapi cukup ini saja.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0