HomeMy Blog

Kenangan di Hotel Ambacang, Padang

Ambacang Hotel di Padang adalah hotel yang aku pernah menginap masa aku ke Bukit Tinggi tahun lepas. Disebabkan perjalanan dari Bukit Tinggi memakan m

Mana pilihan terbaik, melalui Jakarta atau terus ke Bandung?
Diskaun Hotel untuk Pengunjung Blog Hazmin
Khidmat Sewa Kereta di Bandung

Ambacang Hotel di Padang adalah hotel yang aku pernah menginap masa aku ke Bukit Tinggi tahun lepas. Disebabkan perjalanan dari Bukit Tinggi memakan masa lebih kurang 2 jam. Aku penginap di Ambacang untuk semalam kerana kapal terbang ke Kuala Lumpur ialah pada jam 8 pagi.

Ambacang Hotel ni memang diantara yang paling baik di Padang. Pertama kali aku masuk, dah di berikan Welcome Drink. dan Welcome Drink ni lah yang membuatkan aku teringat dengan hotel ini. Minumannya memang cukup sedap. Macam nak mintak lagi satu jag hahaha. Ada swimming pool untuk tetamu hotel dan poolnya memang bestlah. Kalau nasib baik, jumpalah dengan cewek2 Indonesia yang kaya dan cun yang menginap di situ seperti time aku di sana tahun lepas hehe.

Jadi bila aku tengok berita berkenaan dengan Gempa Bumi yang meranapkan Hotel Ambacang ini, aku rasa ngeri dan rasa ia macam sebahagian dari pengalaman aku di hotel itu. Iyalah, walaupun semalam sahaja di situ, tapi bila ia ranap, aku macam nak beritahu yg aku pernah penginap disana dan aku ingat lagi suasana damai di hotel berkenaan.

Jadi jika ada yang merancang untuk k Bukit Tinggi, anda tiada pilihan lain lagi selain menuju terus ke Bukit Tinggi sebaik sahaja tiba di Padang. Nasib baik Bukit Tinggi tidak terjejas dan hotel-hotelnya masih baik. Tetapi terpaksalah keluar awal untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana kapal terbang selalunya dijadualkan pada awal pagi iaitu pada jam 8 pagi. Jadi anda mestilah keluar dari Bukit Tinggi seelok-eloknya pada jam 6 pagi iaitu selepas subuh.

Apa pun aku ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa gempa bumi di Padang.

Harapan aku, janganlah warga Indonesia dan Padang khususnya memandang kami sebagai warga malaysia dengan pandangan yang negatif. Kita serumpun, jangan mudah terpedaya dengan apa yang media war-warkan dalam media cetak dan elektronik.

sekian

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0