HomeNews

Bandung Trip : Sebulan Lagi

Pejam celik pejam celik, lagi sebulan lagi nak pegi bandung. Rasa-rasa baru semalam je aku beli tiket. hehe.. padahal aku beli tiket bulan 11 tahun le

Kerana Setia Mencipta Bahagia
Harga Terbaru Menu Sarapan Pagi di McDonalds Malaysia | Mcdonalds Breakfast Menu Price 2019
Knight Rider : NEW and IMPROVED KITT

Pejam celik pejam celik, lagi sebulan lagi nak pegi bandung. Rasa-rasa baru semalam je aku beli tiket. hehe.. padahal aku beli tiket bulan 11 tahun lepas. cepat sungguh masa berlalu. Bila kita fikir balik, rasa seram kan… tak sangka dah masuk bulan JUN 2009 dah. kalau yg baru kawin, dari berdua dan jadi bertiga sekarang ni hehehe…

Berbalik pada topik aku hari ini, emmm bulan depan aku dah nak pegi Bandung untuk ke sekian kalinya heheh.. maklumla tahun ini raya Bulan Ogos. Puasa bulan Julai. Paling tak besh rasanya birthday aku dlm bulan pose kot hehe… tak best ke? hehe..takdelah… besh2.. yela sambut Birthday dlm bulan pose time semayang terawih…

Apa-apa pon, aku akan ke Bandung seminggu ke atau dua minggu lagi nak puasa. hehe.. apa lagi mmg beli belah tak hengat dunia la. dunia ingat aku tapi aku yg tak hengat dunia ahahaha…

List barang nak beli dh ada.. aku nak beli byk2 baju Burberry ngan Guess. Jeans pulak aku nak cari Armani ngan Burberry. selalunya aku suka beli CK. tapi CK slalu habis. hangin tol. apsal sume org suka CK. aku sorang suka tak bleh ke? keh keh keh

Kasut.. tidak ketinggalan hehe.. kasut ape nk beli ni… aku pon tak pikir lagi. ape2 hal beli baju dulu. RAYA sentiasa BERGAYA dengan baju Bandung Mali…

Kali ni rasanya aku nak try ke Paris Van Java. org kata kat sana best. tapi org mesia ramai ke sana. bila ramai org mesia maknanya harga pon di KETUK gila-gila punya la.. kalau setakat nak jalan2 tu boleh le. nak beli mmg aku tak beli la. harga ketuk org mesia buat ape…

mana nak shopping, korang boleh tgk balik artikel2 aku yg terdahulu hehe..

oklah… laterr….

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0