HomeNews

Kerana Setia Mencipta Bahagia

Kerana Setia Mencipta Bahagia.... Sungguh indah ayat ini. aku memang percaya dengan kesetiaan akan mencipta kebahagiaan. Namun apa akan jadi jika k

AFDLIN SHAUKI : Gadis Pilihan Ibu
Nidji – Laskar Pelangi
How I met your mother

Kerana Setia Mencipta Bahagia….

Sungguh indah ayat ini. aku memang percaya dengan kesetiaan akan mencipta kebahagiaan. Namun apa akan jadi jika kesetiaan itu hanya disebelah pihak dan di sebelah pihak lagi hanya mencipta bahagia tetapi tidak setia. Inilah kisah hidup aku dahulu. Walaupun kesetiaan sentiasa bersama dengan aku, namun apakan daya kerana hanya aku yang setia, bagaimana aku boleh mencipta bahagia?

Percaya dan setia sentiasa seiring untuk menjadikan sesuatu hubungan itu kekal bahagia selamanya. Janganlah hanya percaya tetapi tidak setia dan Setia namun kita tidak percaya kepada seseorang yg kita sayang.

Bagi aku, aku takut untuk memulakan perhubungan kerana setiap kali bermula, hanya aku yang akan setia dan percaya. masih adakah gadis yang boleh setia dengan aku sepertimana aku akan setia kepadanya? Insyallah ada. Tapi setiap bermulanya perhubungan itu, akan bermulalah jugak kenangan manis dan kenangan pahit. itu memang sudah lumrah dunia.  Bukan semua perhubungan itu akan berakhir ke jinjang pelamin. jadi jika sesebuah hubungan itu berakhir ke jinjang pelamin, bermakna kita adalah hamba Allah yang paling bertuah kerana kita sudah menemui jodoh yang telah ditentukan oleh Allah semenjak kita dilahirkan lagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0