HomeNews

Pengarah dan Penulis Skrip, mana lebih penting?

Aku nak bercerita tentang pengarah dan penulis skrip atau senang cite omputih cakap writers. persoalan yang aku timbulkan ialah, diantara dua ini, yan

DAULAT TUANKU
Tempahan Ruangan Iklan
Knight Rider : NEW and IMPROVED KITT

Aku nak bercerita tentang pengarah dan penulis skrip atau senang cite omputih cakap writers. persoalan yang aku timbulkan ialah, diantara dua ini, yang mana satu lebih penting? Adakah sesebuah filem itu akan lebih baik jika pengarahnya hebat atau adakah sebaliknya?

Sebelum kita jawab persoalan ini, aku nak menerangkan perbezaan di antara pengarah dan penulis skrip terlebih dahulu mengikut pandangan dan pendapat aku.

    Penulis Skrip

Aku mulakan dengan penulis skrip. Bagi aku penulis skrip memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk mencipta sesuatu cerita. Seorang penulis yang baik ialah dimana dia boleh menggambarkan sesuatu yang tidak wujud secara fizikal. Lebih hebat lagi, dia boleh menggambarkan sesuatu yang tidak wujud di dunia nyata ini. selalunya , mereka-mereka yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi ini adalah terdiri daripada lelaki. Dengan imaginasi ini, dia boleh menulis skrip seolah-olah cerita yang ditulis itu benar-benar berlaku di depan matanya. Aku nak ambil contoh filem luar negara untuk kali ini atas sebab filem malaysia kurang imaginasi seperti ini.

Sebagai contoh, filem imaginasi The Spiderwick Chronicles. Sengaja aku ambil filem ini sebagai contoh kerana filem ini boleh dikatakan 40 % adalah special effect. Susar jugak kalau diambil filem Star Wars sebab filem ini 90% adalah Special Effect.

Melalui filem ini, kita boleh lihat, penulis telah menggambarkan terdapat satu dunia lain selain dari dunia manusia yang tak dapat dilihat oleh manusia melainkan mereka mahu kita melihat mereka. Dalam imaginasinya, binatang-binatang ini yang digelar goblins mempunyai satu dunia yang lain dari dunia manusia. Penulis juga menggambar dalam fikirannya wajah-wajah setiap goblin ini satu persatu. Inilah daya imaginasi yang perlu ada untuk setiap penulis.

Mungkin faktor kos menghalang imaginasi penulis di Malaysia. Tapi banyak lagi filem atau drama yang tidak membabitkan kos yang tinggi. Sebagai contoh drama 24. kalau dibuang letupan dan segalanya, penulis sudah berjaya menjadikan drama ini penuh dengan suspen. Jadi secara dasarnya, kos tidak memainkan peranan yang penting dalam sesuatu imaginasi.

    Pengarah

Aku nak masuk pulah dengan bahagian Pengarahan. Pengarah adalah orang yang bertanggung jawab untuk merelisasikan daya imaginasi penulis. Seorang pengarah yang baik ialah dimana dia boleh menjadikan daya imaginasi kepada satu realiti. Bukan mudah nak merealisasikan sesuatu yang hanya berlegar dalam imaginasi penulis. Sebagai contoh untuk filem yang sama seperti diatas, Dalam imaginasi penulis, rupa paras goblin-goblin ini adalah sesuatu yang tidak wujud, suasana kawasan rumah yang mistik dan sebagainya. Dari imaginasi ini, pengarah mesti menjadikan apa yang digambarkan ini menjadi kenyataan seperti apa yang digambarkan.

Kesimpulannya, untuk menjadikan sebuah filem yang baik, Pengarah dan Penulis haruslah juga hebat. jika kurang imaginasi dari penulis, tetapi mempunyai pengarah yang hebat, atau seorang pengarah yang hebat tetapi penulis kurang imaginasi, sukar untuk sesebuah filem atau drama itu akan berjaya.

Persoalan kenapa aku menulis dengan tajuk ini adalah kerana, di Malaysia, penulis-penulis skrip boleh dikatakan dari tahap rendah. Untuk menyediakan sesebuah skrip, memerlukan satu panel penulisan skrip. Dari perkataan panel itu sahaja, kita boleh lihat betapa lemahnya taraf penulis skrip di Malaysia ini. Kerana memerlukan 2 atau lebih kepala untuk satu drama tv. sungguh memalukan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0