HomeMy Blog

Teater Muzikal Tun Mahathir

Semalam pergi menonton Teater Tun Mahathir di Istana Budaya. Tiket dah beli sejak bulan julai lagi hehe. memang bersemangat nak tengok teater ini seba

Quotation untuk Sewa Kenderaan dan Hotel
Alyah – Tak Mungkin Kerna Sayang
Promosi Tiket Universal Studio Singapore 2016 (USS)

Semalam pergi menonton Teater Tun Mahathir di Istana Budaya. Tiket dah beli sejak bulan julai lagi hehe. memang bersemangat nak tengok teater ini sebab ia adalah teater yang mengisahkan tentang Tun Mahathir.
Ini kali pertama menonton teater yang bukan dari hasil arahan Adlin Aman Ramlee. Memang nak cuba tengok teater yang lain dari yang lain ini.

Tapi bila habis menonton aku nak bagi beberapa komen lah mengenai teater ini. Memang ini kali pertama tengok teater yang diarahkan oleh pengarah yang biasa. Kerana sebelum ini aku dah tengok teater Puteri Gunung Ledang dan Teater P Ramlee dimana kedua-duanya diarahkan oleh Adlin Aman Ramli. Jadi expectation untuk teater Tun M ni agak tinggilah. Tapi sebenarnya tidak seperti yang diharapkan. Pengarah teater Tun M ni kurang teliti dalam arahannya. segalanya seolah-olah nak cepat habis. tiada fokus dalam teater ini. Berbanding dgn arahan Adlin, penceritaan beliau cukup teratur dan teliti.

Lagu-lagu juga tidaklah sehebat mana. hanya boleh didengar sahajalah. Props yang digunakan macam orang malas. setiap babak, pelakon tambahan menggunakan baju yang sama untuk beberapa babak. disinilah perlunya kreativiti seorang pengarah. Aku mengharapkan supaya teater ini boleh digubah semula dengan memanggil Adlin untuk mengarahnya. aku yakin teater ini akan lebih hebat dari yang sebelumnya.

Alasan props yang tersilap turun dan masalah teknikal props itu adalah satu alasan yang dangkal. Seolah2 pengarah cuba menyalahkan props demi untuk menutup kelemahannya.

Dari segi lakonan, memang tiada yang kurang. semua pelakon utama membawa watak masing-masing dengan bagus sekali. Tapi penceritaan yang tiada fokus dan kelam kabut membuatkan aku pening dengan apa yang sebenarnya mahu diceritakan oleh pengarah teater ini.

Sebaik-baiknya fokuslah dimasa Tun masih dizaman kanak-kanak dan remaja. penuhi 2 jam pementasan dengan cerita zaman kanak kanak dan remaja. Zaman Tun M di kala dewasa sudah lama diketahui umum. Jadi jika difokuskan dizaman mudanya, pasti teater ini akan lebih baik.

Para pelakon seperti Zizan Nin dan Esma Danial menunjukkan cara penyampaian yang cukup baik sekali. Termasuklah Erra Fazira. Erra cukup yakin memainkan watak Tun Siti Hasmah.

Tapi sesuatu yang membuatkan aku terkejut ialah melihat Misha Omar. Sebenarnya Misha ni rendah dalam kata lain pendek. 😀 tak sangka sebab selama ni ingat misha ini tinggi orangnya.

Oklah.. sampai di sini saja ulasan Teater Tun M. Bye

COMMENTS

WORDPRESS: 2
  • comment-avatar

    Funny to say, the director of Musical Tun M is actually the guru to Adlin (Adlin was an ex student in ASk & rosminah’s the Dean, Adlin is not a big director – name me more theatres he directed & how well it sells. Even PGL season 3 is not using Adlin anymore). According to her biography, Rosminah has directed 50 over theatres, about 10 of them are in Istana Budaya. Just some correction & sharing though.

  • comment-avatar

    hi sam?

    need ur permisson to comment in malay ok since i’m not good in english :D. hope you will understand in malay ok 😀

    sebenarnya tiada istilah seorang guru akan lebih baik dari anak muridnya. tidak semestinya seorang guru akan lebih baik dari anak muridnya.

    Adlin memang tak banyak teater yg diarahkannya tapi dalam jumlah yang sedikit itu, beliau berjaya mengarahkan teater P ramlee dan PGL dgn baik sekali. PGL season 3 yg dipersoal kerana beliau sudah menghasilkan satu arahan yg cukup baik dalam pgl yg sebelumnya. Sam pernah tgk teater P ramlee? jalan ceritanya yang cukup baik tidak melompat kesana dan kemari sepertu teater Tun M yang seperti tiada fokus. Wartawan hiburan juga sependapat dgn saya mengenai masalah fokus ini.

    Saya tak kisah jika seseorang itu mengarahkan 1000 teater sekali pon, jika tiada kualiti, saya akan tetap komen. cuma soalnya setakat ini saya menonton teater adlin dan semua teaternya berbaloi dgn nilai tiket yang saya laburkan 😀

DISQUS: 1