HomeMy Blog

Tan Sri P Ramlee & Afdlin Shauki

Apa kena mengena Afdlin dan P Ramlee ni? Hari ini aku nak menulis tentang Afdlin dan apa persamaan beliau dgn Seniman agung kita P Ramlee. Pertama sek

Piala Dunia 2010
Selamat Hari Raya AidilFitri
Diskaun Hotel untuk Pengunjung Blog Hazmin

Apa kena mengena Afdlin dan P Ramlee ni? Hari ini aku nak menulis tentang Afdlin dan apa persamaan beliau dgn Seniman agung kita P Ramlee. Pertama sekali, jangan sesekali nak mengatakan yang aku samakan afdlin dengan P Ramlee sebab mereka berdua tidak sama. Cuma aku suka nak mencari persamaan yang mungkin membuatkan P Ramlee berasa bangga jika beliau berkesempatan menemui Afdlin Shauki di zaman ini.

P Ramlee seperti kita sedia maklum adalah seorang seniman yang tiada galang gantinya dan semua filem dan lagu-lagunya sentiasa di sisi kita tak kira di radio atau tv. Sampaikan aku terfikir, bila org luar datang ke malaysia mesti diorg hairan sebab TV di Malaysia suka tayang filem lama hitam putih sedangkan dinegara mereka mungkin jarang skali nak tengok filem lama ditayang di tv mereka.

Berbalik kepada artikel aku berkenaan dengan sense of humor sebelum ini, kita boleh lihat di setiap filem P Ramlee dimana jika pengarah yang cukup terkenal dengan humornya, filemnya dengan sendirinya akan menjadi humor.

Aku bangga bila di zaman ini, ada seorang yang boleh walaupun tak 100%, tapi ada yang boleh menjadi seperti P Ramlee. Setiap Afdlin, beliau akan berlakon dan menyanyi. dia lah juga yang mengarah dan dia jugalah yang menulis lirik dan skrip. Kerana mungkin baginya watak yang dilakonkan untuk komedi hanya orang yang menulis skrip sahaja yang tahu apa characteristic sesuatu watak. bukan mudah nak berlakon filem yang baik pada masa yang sama mengarah dan buat lawak. Saya tak nampak lagi seorang pengarah yang boleh berlakon filem sendiri dan membuat lawak selain dari Afdlin Shauki.

Ajmad Idham yang pernah buat filem Jangan Pandang Belakang Congkak, beliau hanya mampu mengarah tapi tidak mampu berlakon sebagai pelawak dalam filemnya. Ini kerana dia tahu, dia tiada Sense OF Humor jadi mustahil dia boleh berlakon watak komedi.

Begitulah persamaan yang saya cuba buat diantara Afdlin dan P Ramlee.  sebenarnya memang banyak persamaan diantara dua insan ini mungkin P Ramlee adalah idola Afdlin siapa tahu. Walaubagaimanapun aku rasa walaupun kita tak mungkin ada pengganti P Ramlee, tapi sekurang kurangnya ada insan yang menuju kearah itu. Filem yang berkualiti dan sentiasa lain dari yang lain. Bukan filem yang hanya mengejar keuntungan dengan lawak-lawak yang sesuai untuk org gila hehehe…

Papadom , filem dari Afdlin adalah salah satu filem yang paling baik pernah diarah oleh beliau. Mungkin filem Jalan Lama yang bakal ditayangkan tahun depan boleh mengatasi kehebatan filem ini. sekian. Tahniah dan Terima kasih Afdlin kerana sentiasa mengeluarkan filem yang baik dan bermutu

COMMENTS

WORDPRESS: 1
  • comment-avatar
    vochella 12 years ago

    sumpah aku sokong entry ni . .^.^
    afdlin dan p ramlee bnyak persamaan.aku pun terfikir perkara yang sama.ada juga yg sudi menulis entry sebgini,terima kasih admin .:)

DISQUS: 1