HomeMy Blog

Filem , Pengarah & Sense of Humor

Sense of humor, tak semua orang ada kelebihan ini. Aku boleh katakan ini adalah salah satu anugerah Allah pada hambanya. Kadang-kadang, sepatah perkat

Diskaun Hotel untuk Pengunjung Blog Hazmin
Selamat Hari Raya AidilFitri
Promosi Airasia 1 Juta Free Seats – Beli cepat

Sense of humor, tak semua orang ada kelebihan ini. Aku boleh katakan ini adalah salah satu anugerah Allah pada hambanya. Kadang-kadang, sepatah perkataan saja sudah cukup mentertawakan kita. Tanpa anugerah ini, sesorang itu seboleh-boleh nak mentertawakan org lain tetapi hanya kesunyian yang dapat. Sebab itulah aku katakan, bukan semua orang ada sense of humor.

Begitu juga dengan filem dan drama di Malaysia. Apa yang aku boleh lihat dalam filem dan drama di Malaysia ini, jika elemen-elemen lawak yang tak menjadi adalah kerana pengarah yang tiada sifat sense of humor. Secara logiknya jika elemen lawak itu tak lawak, pengarah tidak akan membiarkan scene itu difilemkan.

Sebagai contoh, aku nak berikan filem-filem yang datang dari pengarah yang ada sense of humor iaitu Filem-filem dari pengarah Afdlin Shauki. komedi-komedinya bukan lah dibuat-buat tapi direalisasikan dari idea seorang pengarah yang mempunyai sense of humor. Terbaru, filem Papadom, kita boleh lihat komedi-komedi ringan yang membuatkan kita tertawa sendirian. begitulah teori aku sebelum ini yang jika kita ada sense of humor, sepatah perkataan saja sudah mencukupi untuk membuatkan kita tertawa.

Tapi, aku juga nak menulis berkenaan dengan pengarah-pengarah yang kurang sense of humor ini. sebagai contoh, tiap minggu aku tak akan terlepas menonton Awan Dania 2. ceritanya semuanya bagus. tapi apabila masuk sahaja watak sampingan yang tak sepatutnya ada kerana ia hanyalah semata-mata untuk memanjangkan waktu tayangan. Kelemahan dengan watak sampingan ini, kadang-kadang akan muncullah watak-watak komedi yang tak lawak langsung. Mungkin bagi pengarah yang tiada sense of humor ini rasa itu ia adalah sesuatu yang kelakar. tapi malangnya tidak. itulah masalahnya bila pengarah yang tiada sense of humor mahu memasukkan elemen lawak dalam karyanya.

Bagi aku, Awan Dania ini satu drama yang unik, tapi babak-babak tempelan itu mencacatkan drama ini. Jadilah drama ini satu drama yang meleret dan tiada arah tujuan. Dalam  bahasa rojak, mononong je tak tahu nak pegi mana.

Aku harap aziz chunk, cubalah belajar dengan pengarah2 tersohor seperti Afdlin. Jangan pulak tuntut ilmu dengan Prof Madya tu. Lagi lingkup adalah. Belajarlah dari filem atau drama luar bagaimana mereka buat drama dengan susunan cerita yang baik. bukan kita perlukan semuanya terbaik sama seperti luar negara tapi sekurang-kurangnya ada hala tuju dalam drama.

Kesimpulan dari apa yang aku perkatakan ini ialah, jika pengarah sense of humor, maka elemen komedi yang cuba digambarkan akan menjadi dengan jayanya. Kalau pengarah tiada sense of humor, tanyalah pendapat orang sekeliling sama ada babak yang mahu dilawakkan itu, lawak dikalangan orang sekeliling atau tidak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0