HomeUSS

Universal Studio Singapore – Express Pass

Salam dan Selamat Sejahtera, Kali ini saya nak bercerita sikit berkaitan dengan Express Tiket atau Express Pass di Universal Studio Singapore .

Universal Studios Singapore Trip 2012
Universal Studios Singapore Tickets BUY ONLINE
Promosi Tiket Universal Studio Singapore 2016 (USS)

Salam dan Selamat Sejahtera,

Kali ini saya nak bercerita sikit berkaitan dengan Express Tiket atau Express Pass di Universal Studio Singapore .

Express Pass ini adalah tambahan tiket kepada tiket masuk ke USS. Express Pass ini boleh dibeli di kaunter di luar USS dan juga di dalam USS. Express Pass ini banyak didapati di kedai-kedai cenderamata yang ada logo Xpress di luar kedai masing-masing.

Saya membeli Express Pass ini di kedai cenderamata Transformers. Anda boleh terus menuju ke kaunter bayaran dan beritahu mereka yang anda mahu membeli Express Pass. Harga untuk seorang ialah SGD50. Harga mungkin akan berubah pada tahun 2013. Kita tengoklah berapa harganya nanti.

Apa gunanya Express Pass ini?

Ok Express Pass ini sebenarnya adalah tiket untuk anda memotong barisan di USS. Selalunya di USS akan ada 3 jenis lorong. Yang pertama ialah   Lorong Express, Kedua ialah Lorong ‘ Single Rider’ dan ketiga ialah Lorong Biasa.

Untuk Lorong Biasa, tempoh masa untuk anda beratur kadang-kadang boleh mebgambil masa selama  2 -3 jam.

Untuk Lorong ‘ Single Rider’ , lorong ini gunanya adalah untuk memenuhi tempat duduk setiap permainan. jadi jika anda melalui lorong ini, anda tidak boleh duduk dengan kawan anda. Anda akan diletakkan dimana sahaja tempat duduk yang kosong. Lorong ini sesuai untuk mereka yang ingin berjimat dengan Express Pass.

Lorong Express adalah lorong untuk semua pemegang Express Pass. Selalunya jika lorong biasa mengambil masa 2-3 jam untuk beratur, dengan melalui lorong Express Pass ini, tempoh masa anda akan di singkatkan kepada 15 – 20 minit sahaja. Memang berbaloi jika anda membeli Express Pass ini.

Kenapa Harga Express Pass Mahal?

Secara logiknya, jika harganya murah, maknanya tiada gunanyalah anda membeli tiket ini kerana anda akan beratur sama panjang dengan lorong biasa kerana semua orang boleh dan mampu membeli tiket ini. Dengan harga yang agak mahal, jadi tahap eksklusif itu boleh dikekalkan dan anda boleh masuk ke lorong Express Pass tanpa perlu beratur panjang.

Sekian untuk kali ini.

Terima kasih

COMMENTS

WORDPRESS: 5
  • comment-avatar

    betul ke dengan express pass ni kita boleh main game tu sekali je?kalau nak main lagi sekali kena beratur same dengan lorong biasa?

  • comment-avatar

    ya betul. tiket express boleh guna sekali saja utk setiap permainan. kalau nak naik 2 kali kene guna lorong biasa. tapi kalau tak kisah, guna lorong single ride jek. tak seramai lorong biasa.

  • comment-avatar
    myranasuha 11 years ago

    Salam, nak tanya ada buat transfer dr jb ke USS singapore ke? MPV besar untuk 15 pax. Kami bercadang nak bercuti ke JB pada 14-16 September and ke USS pada 15/9 (Ahad). IF ada pakej untuk tiket USS + sewa kenderaan pun mohon quote pd saya. TQVM. Wassalam.

  • comment-avatar

    Semua persoalan dah saya jawab melalui email. sila periksa email anda ok
    terima kasih

  • comment-avatar
    syazwan 11 years ago

    nk tanya..berapakah kos utk 4 org dewasa express pass.. seorang berapa RM..?

DISQUS: 0