HomeMy Blog

Nasihat kalau nak Shopping di Bandung

aku nak bg beberapa guidance la utk sesapa yg nak pegi bandung shopping. yang paling penting... jgn sesekali pegi under rombongan Cik Kiah. NO, NAD

Pengalaman di Bandung 2011 bhgn 1
Mana pilihan terbaik, melalui Jakarta atau terus ke Bandung?
Quotation untuk Sewa Kenderaan dan Hotel

aku nak bg beberapa guidance la utk sesapa yg nak pegi bandung shopping.

yang paling penting… jgn sesekali pegi under rombongan Cik Kiah. NO, NADAAA, NOPE!!!!! JANGAN!!! ini dipannggil suicide. sebab kalau pegi rombongan, diorg akan pegi tempat yg diorg dah KOW TIM. tempat mmg mahal la harganya sebab sume org mesia yg dtg rombongan berkumpul kat kedai tu. so elakkan…


Yang paling baik, pegi sendiri2. pegi la dlm 4-8 org. (sebenarnya tak kisah bapepon). Pegi sendiri. Tinggal kat hotel UTARI BANDUNG. atau pon hotel2 di sepanjang jalan DAGO dan JALAN JUANDA. tapi utari kira paling besh. sebab breakfast pon depan bilik je. celik2 mata, makanan dah siap depan bilik. tinggal nak ngap je. perghh… hotel 5 bintang pon takde camni.

transportation takyah risau. hanyun je tgn mesti dpt teksi. senang gile dpt teksi kat sana. lagipon teksi sana mmg main sebat je. kalau dia nampak kita dok sebelah jalan, dia kan buat U turn tanpa rasa segan silu.

Shopping Spree

ni bab paling penting. kalau nak shopping brg2 yg branded. tak payah pergi ke RUMAH MODE (dibaca MO.. Deee) tu tempat rakyat mesia yg pegi guna rombongan. harga dah mahal.

pergi ke jalan Juanda. kat situ saja dah cukup satu hari shopping. tak larat nak jalan dah. sekurang2nya satu kedai sejam. macam aku hehe. ada la dlm 6 bijik kedai. cukup 6-7 jam shopping.

lepas tu, hari esoknya naik taksi, pegi ke Heritage. kawasan ni satu lagi tempat nak buang duit. pon satu hari gak. tapi kalau satu hari kat Juanda, rasanya kat sini duit dah tinggal skit.. huhuhu…

Pasar Baru:

kat sini hanya utk pompuan2 yg suka beli telekung, barang kawin, beg2, kain2 ela, kain2 batik. Laki2 .. tak sesuai.. aku dok sana siap leh tido lagi..punya la boring. sib baik ada kekasih hati ikot skali. takde la tension sgt.

shopping kat sini, paling mencabar utk pompuan. sebab kat sini ada tak silap 5 tingkat. rasanya satu hari (8 jam) boleh habis dalam……. satu tingkat.. ahahahaha.. serious tak tipu… kalau nak express 2 hari baru cukup habis 4 tingkat. yg penting pukul 9 mesti dah terpacak kat sana.

ok.. lagi cite akan disambung kemudian.. babai

bersambung di SINI. KLIK SINI

COMMENTS

WORDPRESS: 93
  • comment-avatar

    en hazmin…sy nak tnye..hotel mne yg murah kt bandung..bp duit yg perlu untuk bw k sane…

  • comment-avatar

    Hotel yg murah tapi tak boleh booking ialah di Royal Dago 2. untuk keterangan lanjut, bolehlah rujuk link ini http://blog.hazmin.net/2009/08/10/bandung-trip-2009-3-weeks-later/

    Untuk mengelakkan dari masalah mencari hotel, bookinglah dulu di hotel2 yang berhampiran yang menerima booking iaitu hotel utari dan lain-lain lagi. Hotel Utari juga boleh dikatakan murah tapi tidak semurah Royal Dago 2. Jadi kalau hotel Royal Dago penuh, bolehlah terus ke hotel yang dah booking tu πŸ˜€

    Berkenaan dgn duit pulak, kalau untuk shopping sahaja, RM1000 sudah lebih dari cukup. Kalau termasuk makan dan hotel, RM1500 ke RM2000 sudah mencukupi. Kalau pergi ramai, boleh share kos makan dan transport hehe. apa-apa pun terpulang lah mengikut kemampuan. Cuma jangan lupa simpan sedikit duit itu untuk airport tax. Banyak artikel-artikel saya yang saya tulis berkenaan airport tax dan lain-lain. Boleh bace pelan2 πŸ˜€

    Bila plan nak ke sana?

  • comment-avatar

    salam,
    saya akan ke bandung bulan depan. bila saya baca2 berkaitan bandung tjumpa la blog ni. tips2 yg diberikan sangat2 la bguna, terutama berkaitan shopping di jalan juanda tu. sebab kebanyakkan blog menceritakan shopping di rumah mode tu.

    saya ade beberapa soalan, pasar baru buka hingga pukul berapa? tak silap saya petang tp x sure pukul berapa…FO tu buka sampai malam ke?

    memandang saya hanya 2 hari sahaja di sana, selain pasar baru, jalan juanda, jalan dago…mana lagi tempat shopping yg saya berbaloi untuk pergi pergi? bagaimana dengan cihampelas walk, jalan riau, toko tiga,jalan setia budi?

    harap dapat dijawab. tq

  • comment-avatar

    wsalam,

    selalunya tempat membeli belah tutup dalam pukul 6 – 7 malam. mungkin ada yg tutup pukul 8 kot. pasar baru mungkin tutup pon pada masa yg sama. selalunya kalau nk ke pasar baru, pegi awal pagi sebab satu hari pon rasanya tak cukup utk pusing satu pasar baru hehe.

    kalau 2 hari kat sana. spend 1 hari kat pasar baru kalau mmg tujuan ke bandung nk ke pasar baru sebab lama nk berjalan2 kat pasar baru tu hehe.

    selain dr jalan juanda , boleh jugak ke FO heritage. di sekeliling heritage juga ada beberapa FO. naik saja teksi dan sebut je nk ke heritage. tahulah diorg membawanya hehe. 2 tempat ni saja dah cukup utk menghabiskan duit hehe. jgn sesekali ke rumah mode sebab saya pergi sana, buang peluh jek.. takde apa2 yg nk dibeli pon. last2 pegi juanda jugak, lagi byk bende boleh beli. hehe

  • comment-avatar

    Hi..
    i akan ke sana this week..
    but now tgh pening sgt2..
    u g sane book supir ke atau redah je mane2 teksi?
    sbb after buat calculation..utk supir saja sudah 1 juta 50 ribu rupiah..i think duit kite rm300 cmtu la..
    tp my fren ckp..redah sndiri lg jimat..
    naik angkut baru berape ribu rupiah..is it?
    please advise..

  • comment-avatar

    saya rasa naik teksi jek. takyah supir2. supr tu kalau jalan jauh2 je. kalau setakat nk jalan2 shoping tu, naik teksi jek. angkutan tu boleh naik harga pon dalam RM1 jek lebih kurang. tapi… ada tapinya.. hhehe.. kita tak boleh tahu angkutan tu nk pegi mana sebab diorg ni main amik je passenger dan main jalan jek. org tempatan jek yg tahu route angkutan tu. saya pon kalau naik, slalu utk straight line jek. kalau dari hujung jalan nak ke hujung jalan baru saya naik angkutan hehe. kalau nk jauh, slalu naik teksi jek. lagipun teksi banyak.. takde masalah langsung πŸ˜€

  • comment-avatar
    zalina 14 years ago

    saya nak pergi bandung pada 24.10 ni,saya tempah hotel cihampelas agak hotel tu dkt dgn bandar ke??pastu ada lg..kalau naik teksi mahal x…maklumla bajet kurang…:)

  • comment-avatar

    salam zalina,

    rasanya ok kot. tapi kalau jauh dr bandar pon rasanya takpe sebab teksi kat sana tak mahal. murah jek. selalunya kalau nak dekat2 dalam 10k rupiah jek. tu kira minimum la tu. jgn risau teksi sana murah dr kita hehe
    apa2 pon selamat jalan ke sana. balik nanti jgn lupa cite kat sini yek. πŸ˜€

  • comment-avatar

    salam…
    ktorg nak g jakarta next weekend, n spend hotel, pngkutan, mkn dlam rm750 sorg utk 7 hari, (4H kat jkarta n 3H kat bandung)…ok ke? n lagi 1 bout shopping tu, bajet dlm bape sorg ea ? kalau nk shopping kaw2 la…. so, u sggest 3 tmpat shopping tu je ke kat bandung? n how about jakarta? thanx..harap jawap..;)

  • comment-avatar

    bajet utk shopping tu atas kehendak sendiri la hehe.. kalau saya dulu, RM500 pon dh nak penuh beg dah. leh beli jeans 5 helai brand burberry hehe.
    saya kalau kat jakarta, kalau nk cari brg2 yg mcm kat bandung ni mmg tak dpt la. org jakarta pon pegi shopping kat bandung hehe.

  • comment-avatar

    saya nak gi bandung 13—17/12/10, nak tanya kalau tak booking hotel tak pe ke?

  • comment-avatar

    sebaik2nya booking la. sebab kita pegi jauh. kalau dr KL nak ke Ipoh takpela. kalau takde bilik hotel , kita boleh balik KL je kan hehe. buatnya hotel yg murah2 penuh ke, tak pasal2 kene gi hotel 5 bintang hehe. tapi kalau tak kisah bajet berapa, boleh jek pegi tak booking sebab hotel byk, cuma murah dgn mahal je πŸ˜€

  • comment-avatar
    wahida 13 years ago

    saya akn flight ke Jakarta/bandung this saturday. Stay kat Hotel Alia Cikini Jakarta & Hotel unik Bandung..plan mmg nak ke rumah mode. But since u kate tak best..mcm nak ke jln juanda tu pulak. Just bagi tau pak supir pegi ke jalan juanda ke?..

  • comment-avatar

    wahida, maaf lambat reply. rasanya u skang dh kat bandung hehe. mungkin dah sampai ke jalan juanda rasanya. hehe.. jgn lupa ke heritage skali kalau nk shopping. FO di sekelilingnya pon boleh tahan bagus jugak πŸ˜€

  • comment-avatar
    Nadhzir 13 years ago

    As-Salam admin, terbaca mengenai bandung. Kebetulan saya akan ke bandung dgn 3 rakan lagi 17/12/2010 nih..Kami book thru air asia n stay dkt hotel grand setiabudi..Kami semua lelaki..Dekat mana shopping best bro..leh share tak?..Bajet shopping masing2 dlm 500 hengget jer..kitaorg stay 4 ari 3 mlm..apa yg best di bandung?..

  • comment-avatar

    saya ke sana selalunya shopping kat FO sajalah. FO-FO yang saya tulis dalam artikel2 sebelum ini adalah yang terbaiklah. saudara boleh belek2 balik artikel2 yg sebelum ini untuk keterangan yg lebih lanjut :D. RM500 sorang utk shopping tu kira ok dah tu. saya penah bajet RM500 dulu boleh beli 4 helai jeans dan 20 pasang baju hehe.

  • comment-avatar
    jamiah73 13 years ago

    salam.. saya akan ke bandung pada bulan January 2010 dalam 4 hari 3 malam. Kami ada booking apartment + taransport untuk 8 org total cost RM2,960. Reasonable or mahal?. Please advice me.

  • comment-avatar
    jamiah73 13 years ago

    salam…silap la not January 2010 but 2011:)…sorry

  • comment-avatar

    Halo salam kenal yah ..
    bagus banget informasinya !
    btw masih suka nulis tentang Bandung ?

  • comment-avatar

    jamiah , rasanya ok la kot. ramai tu sampai 8 org. saya pon tak boleh nk tahu reasonable ke tak. tapi kalau jamiah dh tanya byk tempat dan yg itu paling murah maknanya ok la tu hehe

  • comment-avatar
    Mazianah 13 years ago

    salam,wow…..menarik ye bandung……..nk tanye kalau dok kat hotel sukajadi,nak ke jalan juanda or dago tu dekat x?leh naik teksi je kan?selain shopping,ap yg menarik di sana?

  • comment-avatar

    mazianah,

    nak ke FO tu takde masalah. naik teksi jek. dia akan bawak je kite ke mana2 kita nak.
    selain shopping, tak pasti la apa yg menarik sebab bandung ni mmg tempat shopping hehe. kalau nak melawat2, baik jalan2 ke padang, yogja atau mana2 tempat lain di indonesia πŸ˜€

  • comment-avatar
    Zarinah 13 years ago

    Saya plan nak ke Bandung pada 29 Jan 2011 hari Sabtu dan cadang nak pegi tangkuban hari Ahad, betul ke Bandung dan kawasan sekitarnya jem gila masa hujung minggu? apa lagi budget hotel yang murah untuk family (5 orang)? kita orang kalau boleh nak stay satu bilik sebab anak-anak semua bawah umur.. Guesthouse Orange Homes mcm best, 3 malam RM440 tapi dengarnya jauh sikit dari shopping area, tak apa ke? makan macam mana? boleh cadang tempat makan yang halal lagi murah tak? Thank u.

  • comment-avatar

    zarinah,

    mahal gak tu. kalau kat utari dan kawasan sekitar murah lagi kot. utari pon saya rasa kurang dr RM150 semalam. tak silap saya dalam RM100 semlm (kalau tak silap saya la hehe) sebab masa saya ke sana harga lebih kurang mcm tu. skang tak tahu la berapa. tapi kalau ada anak2 kecik2 diorg tak kisah la. satu bilik masuk je sume anak beranak.

    tempat mkn sepatutnya sume halal. kalau ada supir suh je dia bawak ke kedai makan yg besar2. tapi ingat yg besar2 saja. jgn warung2 plak sebab kita tak tahu tahap kebersihan mereka. pertama kali ke sana, bgtau supir atau driver teksi nak ke dapursangkuriang. lepas tu di jalan juanda berhampiran FO ada restoran yg baik jugak di situ. kalau malas nak ke mana2, makan kat hotel jek. murah bgt makanan hotel. bukan mcm kat mesia hehe. saya penah makan nasih goreng ayam kat utari, harga tak sampai RM7. mcm harga kita mkn kat kedai mamak jek kan .

    makan pizzahut pon boleh. sedap gak pizzahut diorg. rasanya sedap. lain dr yg mesia punya hehe. tapi ikut lidah masing2 la kan. kalau saya rasa sedap, tak sume org rasa benda yg sama tak gitu πŸ˜€

  • comment-avatar
    lina jas 13 years ago

    salam

    insyallah, sy ke bandung 18.1.2011 nie, after dpt ur info nak try buat reservation for utari. tp call asyik x der org angkat jer. leh bg no utari or royal dago 2 x? ader lg satu hotel bukit dago hotel, tau tak pasal hotel nie ?

    x sbr dah nak g…..:)

  • comment-avatar
    Lina jas 13 years ago

    salam,

    Nak tanya, saya ader tanyer rate royal dago via jacktour. Harga utk semalam Rate weekday Rp. 322,500 Rate weekend 342,000. Tp x silap in your article, u got RM 60 cam tu kan? …..is it coz nie agent, they make up price ? it almost double…hmmmmmm
    any comments or advice…thankssss πŸ™‚

  • comment-avatar

    lina:

    yg tanya tu ROYAL DAGO (RD) ke atau ROYAL DAGO 2 (RD2) ? beza byk tu hehe. yg RD 2 tu yg murah. kedudukan RD2 ni bertentangan dgn Royal Dago. tapi RD2 ni takleh booking. kene walk-in je.

  • comment-avatar
    zureen 13 years ago

    akan ke bandung sekitar mac nanti. cuma jalan juanda, FO heritage n pasar baru jer eh tempat best dan murah utk shopping yer? ke ada pilihan lain lagi? hotel2 or tempat menginap yang dekat dgn tempat2 shopping tu apa ye? memang royal dago 2 dan hotel utari jer eh? berapa rate untuk utari tu..
    tq

  • comment-avatar

    zureen,

    byk FO-FO kat sana. cuma yg saya rekemen tu kira byk brg yg boleh dibeli dalam satu tempat dan harga pon boleh tahan. Tempat2 lain pon ada juga cuma bila saya pergi mcm tak menarik. tempat2 yg saya rekemen tu, masa saya pergi la, saya tgk ramai org tempatan yang kaya2 yg majoritinya dtg dari jakarta shopping di sana. itu dr pendapat saya, org tempatan suka bershopping di situ sebab org tempatan lebih arif kan hehe.

    kalau rumah mode tu, tak ramai org tempatan, org mesia mmg ramai, kadang2 tu berbas-bas hehe.

    bab hotel tu, byk hotel2 sepanjang jalan tu. cuma saya bg cadangan tu sebab hanya 2 hotel ni jek yang saya pernah menginap dan dari segi harga, boleh tahan. family saya pun kalau kesana, akan ke utari untuk menginap sebab dah biasa di situ πŸ˜€

  • comment-avatar

    sy nk ke bandung 31 jan -3 feb ni..em nampak seronok je dr cerita2 kat atas ni..rasa x sbr pulak…em…betul eh cukup rm500 je tuk shopping….budget control….ha ha ha…

  • comment-avatar

    baby,

    kalau RM500 tu semata2 nk shopping tak masuk hotel ngan makan, rasanya cukup dah kot hehe

  • comment-avatar
    lina jas 13 years ago

    hmmm lagi 2 hari lg sy nak ke bandung, rase cam dah prepare betol2 w the itenary and notes/tips from admin and u all semua. hpfully, dpt shopping as planned and max yg boleh πŸ˜›

    so thanks admin for ur info and thanks u all too…..chow…………………

  • comment-avatar
    nurul 13 years ago

    salam..
    sy skang tgh mencari maklumat mengenai bandung sbb bakal ke sana 14/6/11 nnt…pegi ramai2 dgn kawan2 dlm 15 org camtu..blh sy tau hotel ape yg dkt dgn pasar baru?sbb rs mcm nk fokus kt pasar baru tu lebih sket,so kalau blh nk yg hotel dkt la kt situ,klu blh yg leh jln kaki je g situ.hehe.

    then,kate la kite beli brg byk gile kt pasar baru tu atau kt memane jela..then klu nk bergerak ke satu tempat ke tempat yg lain tu mcm ssh je?yela sbb bwk byk brg kn..so klu katalah brg byk gile,blh ke nk naik angkut@teksi?then bile nk berjalan ke tempat yg lain plk,nk kene bwk sume brg ke hulur hilir?adakah better amik supir?huhu..supir mcm mhl la plk kn..sy kalau leh nk memaksimumkan sehabis mungkin kt shopping..means,xnk lah byr lebih utk bende2 lain..mcm kt supir tu.hee.bajet sy untuk shopping dlm rm2000-2500,ok x?sbb sy igt nk carik brg kawin.the best place pasar baru eh klu nk carik brg kawin?

    blh x bg nama2 hotel yg harga nye xmhl sgt..kitorg pegi 15 org..so better amik bilik berapa eh?or ade apartment kt sne?lg satu,kalau nk booking hotel mcmne eh?booking online ke?leh x bg ape2 website yg utk booking hotel kt sana..?

    harap sudilah membantu..huhu..
    thanks for response

  • comment-avatar

    nurul,

    wah ramainye huhu. ramai2 mcm ni mungkin kene amik supir kot. senang nak kesini kesana kan. kalau masing2 hal masing2, takpela jugak, naik teksi jek. kalau nk yg dekat dgn pasar baru tu saya tak berapa pasti la. kene survey kat google la tgk hotel mana yg ada. saya takde pengalaman plak dok dekat2 hotel pasar baru hehe.

    selalunya, kalau di pasar baru, beli sepuas hati, lepas tu better bawak balik simpan kat hotel la. lepas tu kalau nak ke FO ke senang skit. ini kalau kes naik teksi la kan. kalau ada supir, tinggal dlm kete supir je hehe.

    kalau nak ikutkan utari tu dalam 300 ribu rupiah. dalam Rm100 la. rasanya murah dah tu kot. amik dalam 3-4 bilik. tapi ada jugak apartment di sana. tapi tu pun kene refer google la sebab saya tak tahu hehe. saya hanya kongsi pengalaman yg saya tahu je. yg tak tahu takleh la saya nak memandai2 hehe..

    kalau nak cek harga, cuba ke agoda.com.my . boleh cek harga disitu.

  • comment-avatar

    yup…rm500 tu tuk shopping….shj…hotel,mkn,transport dh ada budjet lain…hu hu hopefully cukup la yer…em dgr2 kat sana ada kek yg sedap…betul ke?kat area maner yg murah eh??

  • comment-avatar

    kalau RM500 tu, boleh la beli. kali terakhir saya ke sana, saya bajet 500 je utk shopping. dpt la beli jeans 4 helai dan baju T 10 helai. tu pun ada balen lagi.

    kalau kek ni, yg popular kartika sari la. kat jalan djuanda gak. kalau kira2 dekat dgn utari la kalau nk dibanding dgn royal dago 2.

    alamatnya Kartika Sari Dago, Jl. Ir. H. Djuanda no. 85, Bandung

    kartika sari ni byk brownies dan mcm2 lagi la. kalau kek pon ada gak kot huhu. ni website dia
    http://www.kartikasari.com/

  • comment-avatar

    oh…xsbr rasanya….nk ke sana…byk bnda yg sy tahu dr blog nie…kalu x baca blog ni maybe xbper nk tahu sgt…..thanks coz bg info

  • comment-avatar

    baby:

    sama-sama. tapi nanti lepas pergi sana , kalau ada apa2 fakta dlm blog ni yg dah tak sama dgn keadaan terkini, harap boleh la update di sini yek hehe..

  • comment-avatar
    honey 13 years ago

    salam, antara jakarta ngn bandung, mane lg best shopping? nk beli kain tuk baju raye sume.. org kate kt jakarta pon ade..tp harge lg mhl or same or lg murah?dr segi choices, kt bandung or jakarta lg bnyk pilihan?

  • comment-avatar
    Silah 13 years ago

    Salam…
    Nak tnye kiteorg plan nk g bandung book thru air asia + ngan hotel skali dekat oranges homes bandung… Total rm 400 reasonable x?..agak2 hotel tu dekat x ngan pasar baru, heritage or juanda?…kalau nk ke tmpt2 tu by teksi budget berapa ye. coz hotel tu ader offer 1 day tour package 450,000 rupiah. is it ok or g redah sndri ye?

  • comment-avatar

    jakarta kat tanah abang. bandung kat pasar baru. banyak kaum wanita suka ke pasar baru sebab banyak pilihan harga pun murah dari jakarta.

  • comment-avatar

    silah

    RM400 tu seorang ke? rasanya ok la kot. kadang2 bende camni try an error jek. sekali pegi sana, kali kedua dah tau la mcm mana nak save bajet lagi kan hehe.

    oranges homes bandung ni saya tak pernah pergi, jadi saya pon takleh la nak komen pasal hotel ni. tapi kalau tgk dari alamatnya, bukan kat djuanda. tapi takde masalah sgt rasanya sebab teksi byk kat sana. naik bluebird pon ok dah.

    teksi murah je kat sana. kadang2 jalan mcm jauh dah, harga baru 10000 rupiah. kalau kat sini baru RM3 kot hehe.

    tour tu nak ke mana? kalau setakat tour shopping2 jek, naik teksi jek. save 450k. rasanya tu kira sewa teksi sehari la. saya pernah sewa teksi sehari harga dalam 300k rupiah. kadang2 diorg letak harga tinggi , juz to try their luck la. kita pandai2 la tawar menawar πŸ˜€

    kalau tak berapa yakin lagi sebab 1st time, leh la try tour tu. kali kedua nanti bila dah pandai leh la redah jek sume tu hehe

  • comment-avatar

    Salam

    Saya nak tanya Jln Juanda dgn Heritage dan Pasar baru tu Jauh ke antara satu sama lain? Sbb plan nak gi Bandung bulan 6 ni InsyaAllah… and baru 1st time , dan dari info kat blog ni kalau takat nak shopping2 je better amik teksi dr amik supir kan? lagi jimat ek sbb saya baru je dpt qoutation dr supir sana utk 4 hari 3 mlm termasuk sehari ke Jakarta pegi balik around 2000,000Rp. Tu yg tengah pikir nie kalau lg boleh jimat utk transpot lg bagus.. duit tu bole tambah kat shopping je heehehehe..and Hotel plk rasa nak stay kat Hotel Bumi Sawunggaling seramai 3org je..

  • comment-avatar

    iqa,

    jarak antara 3 tempat tu memang jauh. tapi bukan sampai berjam2 la. ada la dalam 10 ke 20 minit kalau tak jem la. so naik teksi pon boleh. kalau supir tu kalau nak jimat, guna supir utk ke jakarta je. nak pusing2 bandung naik teksi pon dah memadai.

    hotel plak, mana2 pon ok jek. yang saya suggest utari dan royal dago 2 tu sebab itu hotel yg saya pernah menginap. jadi saya cite dr pengalaman sendiri jela. πŸ˜€

  • comment-avatar
    yuzie83 13 years ago

    salam…tempat mana patut saya kunjungi jika saya ingin beli t-shirt secara borong di bandung?

  • comment-avatar

    yuzie,

    erm.. borong tu tak tahu la. tapi kalau beli kat FO pon harga dh kira murah gila dah. t shirt yg lawa2 sume harga dalam RM15 – RM20 jek. kalau jeans pulak harga yg slalu saya beli dalam RM50-RM70 saja. saya slalu beli brand burberry dan CK. kadang2 ada brand DB (david beckham) tapi DB ni susah nk jumpe hehe

  • comment-avatar
    saLHa 13 years ago

    saya nak gi bandung hujung mggu ni..25/2/11.pegi ari jumaat balik ari ahad ptg..duduk kat grand setiabudi hotel.nasib u ckp rumah mode tu mahal.sbb ramai yg mention tmpt shopping kat situ je.cuma sy nak tau jln juanda tu die jual ape ek?jalan juanda,jalan dago,dan pasar baru.smpat tak sy nak gi sume tmpt ni dlm ms 1 hari?haha..lg 1,kalo sy nak gi tangkuban tu, boleh ke naik teksi jek.agak2 bp tambangnya?kalo dr sana pla,nak gi tmpt2 shopping ni,ade ke teksi bole bw.ingat nak amik supir tp kater cam mahal.RM60 emm..reply la asap yekkk..;)tq..

  • comment-avatar
    saLHa 13 years ago

    aaa 1 lg nak tnye, FO tu ape?full name die ape?tempat tu jual ape?

  • comment-avatar

    salha,

    FO = Factory Outlet. tempat jual baju2 branded dan mcm2 lagi.
    Pasar Baru = jual barang2 kawin, langsir, kain dan lain2

    jln juanda dan dago + pasar baru takkan mungkin boleh abis dlm satu hari. kalau nak satu hari jugak, apa yg dpt beli rasanya dalam 10% jek hehe. kenapa perlu tergesa2 nak habiskan satu hari? bukan apa, bandung ni tempat shopping, so better tenangkan diri dan jalan2 bershopping dgn tenang hehe.
    kalau nak ke tangkuban, saya takleh bg apa2 cadangan sebab saya tak pernah jejak kaki ke sana pon. shopping lebih penting haha..

    mungkin boleh ke sana guna supir kot. πŸ˜€

  • comment-avatar
    cik cik cik 13 years ago

    salam,

    sy akan ke bandung march 02 2011 smp march 05 2011

    total manusia yg pg ni ade dalam 9org.
    tp smp skung xjumpe hotel yg berkenan kek ati nie..
    kalo pg sane mayb book 4bilik..
    sbb ade yg gatal2 bawak gadis..

    so sy intrested ngn hotel utari ni..
    nk tau brape rate die 1 bilik per nite
    sile bantu..

    da pening tahap gaban…

    tau nk amek hotel ape..
    budget utk 1 malam below RM200
    tq

    • comment-avatar

      cik cik cik:

      utari ni dalam RM100 semalam. kalau bajet bawah RM200 tu mmg sesuai sgt la utari ni hehe.

  • comment-avatar
    cikla 13 years ago

    slm,sy nak p bandung hujung tahun ni. 3 famili (total 19 org tmasuk kanak2 n baby)..perlu ke sy bawa stroller baby atau beli kat sana je(kot2 murah)?

  • comment-avatar
    cikla 13 years ago

    agak2 berapa hari sesuai utk ke bandung?plan 3-6hb..

  • comment-avatar
    fanna 13 years ago

    salam,

    boleh share tak ape kemudahan yg di provide dlm bilik kt hotel utari?
    N ade kettle x? coz nak bawa baby, so perlukn hot water utk bancuh susu,etc….

  • comment-avatar

    hye tuan rumah.. sy amoi
    first time nak g jakarta bandung.. 5hr 4mlm.
    2mlm d jakarta dan 2 hari di bandung..
    kami berempat. tp kawan dah booking kat hotel.
    rasa mcm2 perasaan ade..perasaan takot lebih mengatasi dari excited utk bershopping
    sbb kat sana mcm2 perkara memungkinkan terjadinya sesuatu perkara kan.saya just nk tnya pndapat lah beg apa yg sesuai dibawa utk keslmtn kite. sbb sy ada bawak dslr beg gak. biasa sy pakai sling bag (ladies) utk wallet hp dll. tp bile bawak dslr kt sane. rasa mcm berbondong2 plak. takot jd tumpuan je nnt. any suggestions x? oh FO heritage ok ek? size mcm2 size ke? budget rm500 tu utk diri sendiri ke souvenirs sekali? better tukar semua dlm RP duit kite rm500 tu ke apa di malaysia.. sbb kwn sy ckp jgn tukar kt sana.. risiko ditipu tinggi. hmm

  • comment-avatar

    hieee lg satu nk tnye.. airport tax tu brp? percentage drp luggage ke ape

  • comment-avatar

    cikla:

    kalau nak mudah, bawak jek.. kat sana nanti nk cari lagi, kalau jumpe kang, tak cantik la, mahal ke tak tau lagi..baik bawak jek.. 19 org pegi, takpe leh gilir2 bawak hehe
    kalau ke sana, kalau shopping jela, dalam 2-3 hari shopping ok dah. dok la dalam 3 malam kalau nak shopping dgn tenang skit hehe.

  • comment-avatar

    fanna:

    slalunya ada . tapi kalau takdak, leh mintak kat room service je air panas tu. kitaorg slalu buat mcm tu jek. tapi kalau nak bawak pon ok jugak kot.

  • comment-avatar

    amoi :

    kalau dibandung, ok selamat sume. takde apa2 yg nk ditakutkan. tempat2 yg nak dikunjungi mcm FO dan pasar baru tu sume selamat2 saja. kalau mcm beg camera tu, jgn tinggal kat hotel lah. bukan tak boleh simpan tapi nanti bila bershopping dok risau plak pasal beg tu, dr risau mcm tu dan ganggu konsentrasi nk shopping, baik bawak je hehe. passprt je kene bawak sentiasa. nak pegi beli makan pon, mesti bawak pasport πŸ˜€

    kalau nak senang, masukkan camera tu dlm backpack. ala, shopping bukan ada apa2 dlm beg pon kan. bawak backpack semata2 nk bawak brg berharga je. kalau dr airport ke hotel tu tak kisah la kan πŸ˜€

    airport tax tu slalu dalam RM30 kot. dalam 100k rupiah la. kadang2 kurang lagi. ikut airport. jakarta mahal skit kot. tapi tak membebankan sgt la. airport tax ni seperti namanya, cukai airport haha. lebihan beg tu kira lain plak. kalau naik mas, byk sikit KG yg boleh dibawak. kalau airasia, sorang tak silap dlm 15kg. kalau nak lebih boleh bayar lebih masa beli tiket AA online πŸ˜€

    duit kalau bagus tukar kat mesia sume skali. pakai utk shopping. kalau ada kredit kad, pakai kat tempat yg terima kredit kad sebab exchange dia murah skit, untung skit kita.
    kat sana kalau nak tukar duit susah, diorg amik rate tinggi. biasala, kat sana prepaid kad pon diorg leh markup lagi huhu.. kat sini kalau RM10, kat mana2 pon RM10 utk topup, kat sana ada mark up2 lagi hehe

  • comment-avatar

    cik cik :

    utari semalam dalam RM100 lebih kurang πŸ˜€

  • comment-avatar

    hmm kalao kite bawak bagasi xleh kE?

  • comment-avatar

    amoi,

    saya x paham soklan amoi ni hehe. bagasi apa yg nk bawak? yg saya cite tu beg yg perlu dibawak masa shopping sebab nk kene bawak camera kan πŸ˜€

    dr segi bagasi utk ke sana dr malaysia, saya dah explain berkenaan beg ini dalam artikel sebelum ini. salah satu sebab utk meminimakan pakaian nak bawak ke sana sebab kat sana mcm2 benda nk beli nanti jadi byk pulak barang nk bawak balik πŸ˜€

    tapi apa yg saya tulis hanyalah cadangan saja hehe. jgn kata saya paksa plak ye hehe. sebab saya menulis dr pada pengalaman pertama saya ke sana dulu jadi saya kongsi pengalaman ini supaya org lain tak buat mcm saya buat

  • comment-avatar

    soalan untuk camera dh clear.. yg tnya bagasi utk pakaian pula..
    hmmm xpe2.. thx ye..

  • comment-avatar

    amoi,

    kalau boleh bawak backpack jek, then cari beg besar yg boleh lipat2 mcm saya tunjuk dlm artikel saya. sebab kat sana nak amik beg dan cek kastam pakai manual jek. so lambat nak selesai. kalau backpack boleh skip sume tu.

    setakat yg saya tau, diorg masih guna manual lagi. tak tahu la kalau dh pakai mesin πŸ˜€

    tapi kalau byk barang nak bawak, terpaksa jugakla kot kan πŸ˜€

  • comment-avatar

    ade ym x? id : amoideyla@yahoo.com byk lg nk tnye nie..tp tuan tanah mcm bz..

  • comment-avatar
    kiter 13 years ago

    salam..saya mg plan nk ke bandung nxt yr..pegi berdua je..ape pndpt tuan blog..klu pegi guna ground pakej..tet flight je sndri..bila smpai sane..travel agensi uruskan..dr hotel smpai transport…

  • comment-avatar

    kiter,

    saya rasa kalau rasa tak biasa, pertama kali boleh lah try guna pakej. tapi guna utk pengangkutan dan hotel saja. nak shopping ke , kalau ada supir, guna supir utk ke tempat2 shopping sendiri maknanya tak guna jadual shopping pakej. sebab kalau pakai pakej punya jadual, kemungkinan besar diorg bawak gi shopping kat tempat2 yg ramai org mesia. kat sana nak ke mana2 mudah naik teksi jek. jadi kalau ada supir, bgtau je nak ke jln djuanda dan FO heritage dan sekitarnya. lepas tu suh supir ke pasar baru plak. bagi saya 3 tempat ni pon dh puas shopping dah. kalau supir ada tempat2 lain yg bagus utk shopping, tanya je dia, dia akan bawak, kata dah bayar kan cuma takpayah ke rumah mode je hehe.

    tapi kalau rasa berani redah jek, saya cadangkan book hotel saja. selebihnya naik teksi. keluar2 saja airport dh ada kaunter teksi utk ke hotel. kalau guna cara saya, book utari, lepas sampai sana, naik teksi terus ke hotel utari. lepas check in, tahan teksi terus ke Factory Outlet (FO) shopping atau pasar baru.

    tapi cadangan saya ni utk shopping sahaja lah. kalau nak ke tangkuban dan sebagainya, better ada supir lah. saya takpernah ke sana pon. sebab saya lebih berminat shopping hehe.

  • comment-avatar

    yeaayyy saya dah selamat pergi dan selamat pulang.. hehehehe.. so far so good

  • comment-avatar
    mak onah 13 years ago

    nak g bandung wiken ni 4 ari.. takut bwk dwet x cukup dan ms xcukup.. pegi redah sdri x de gune agent sbb pglaman g jogja sdri2 mcm sgt cheap.. cume jgn pg beli souvenir dr mkcik2 tepi jln klu xnk kene serbu smpi ke pintu kijang xleh tutup pintu.. atau jgn amek gmbr mkcik amek sedekah dikejar jugak mntak dwet sbb amek gmbor dia.. atau jgn folo guide yg x bertauliah nnti kene sembelih ats gunung tu jugak..

  • comment-avatar

    amoi,

    amacam, best kat sana? cite la skit πŸ˜€

  • comment-avatar

    mak onah,

    betul tu mak onah hhehe.. satu nasihat yg baik πŸ˜€

  • comment-avatar

    hmmm i dh cite kt part u yg mana tah..byk sgt.. tp so far so good. i make lots of friends there.. tinggal nak ke sana smula saja bersama family pulak.. yeayy expend sorang RM1k utk shopping mkan dan berlibur cukup (kalau pegi pekej kire lain)

  • comment-avatar

    Thanks…banyak info yang saya boleh dapat dari blog nih…..saya akan ke bandung pada 2 Jun hingga 6 Jun nanti turun di Jakarta……….first time…..ni kira hentam …book flight je…& jalan….nervous sikit tapi lepas baca blog tuan tanah hi..ada le sikit konfident…heheh thanks.

  • comment-avatar

    jul

    sama2.. hehe.. lama gak kat sana tu hehe.. semoga seronok bershopping di sana hehe

  • comment-avatar

    jul:

    pegi bandung 2hb – 6hb jun ni ke?…wah sama la kite..hehehe,,,but kite turun di jakarta airport…
    ni pn 1st time nk p sana ..main redah gakk..

  • comment-avatar

    anot,

    selamat bercuti πŸ˜€

  • comment-avatar

    saya pun da b0ok flight 19july nie. nie pun nak redah je. nak tnye mcm mne nk b0oking h0tel ye?

  • comment-avatar

    nina,

    booking hotel tu, kene call diorg jela. kalau utari tu, call je dalam seminggu awal. kalau takut fully book, call sebulan awal. mungkin kalau sebulan awal, diorg nk deposit kot. itu kene tanya diorg lah πŸ˜€

    no tepon leh cek kat google πŸ˜€

  • comment-avatar

    wah seronok banget…xpuas shopping wehhhh…coz duit xcukup haha..
    ape2 hal jalan disana macet bangat..sakit kepala tol..hihihi…

  • comment-avatar

    anot, selamat pulang dr shopping hehe..

  • comment-avatar
    melissa 13 years ago

    tumpang tnye..cm best jew cite sal pasar baru 2..bole suggest x hotel2 yg dkt ngan pasar baru 2..aim i g bandung nk shopping ngan tgk the greenery view kt sane diorang kate danau toba da dkt da dgn sane betul erk?satu lg pasar baru 2 ala2 jalan tar ke??

  • comment-avatar

    melissa,

    saya tak pasti lah hotel dekat2 sana. tapi utari ngan pasar baru tu tak jauh mana pon. naik teksi kejap je sampai πŸ˜€

    tak silap saya danau toba tu kat medan. sebelah sumatera utara. bandung plak jauh kebawah. Pulau jawa tak silap saya hehe. jauh tu. kalau tgk kat googlemap, dekat 2000 km jaunhnye hehe

    pasar baru ni lebih kurang mcm TAR la. tapi lebih byk variety dan murah2. πŸ˜€

  • comment-avatar
    melissa 13 years ago

    ok..agak jauh danau toba 2..nk tanye if trip 4 3d2n kt bandung ngan burget rm2k only ckup ke?2k 2 skali ngan flight..rse ckup ke x?

  • comment-avatar

    Hi tuan tanah…tumpang lalu skit..

    Nk share skit..i dh penah pegi few times ke bandung nie..dh jd cam destinasi wajib lak tiap2 tahun p sana tuk soping..mmg best..murah n berkualiti barang2 kt sana..terutama skali baju la..

    Kalo nk cari hotel..Royal Dago pun best gak..murah n jalan kaki je p soping kt factory outlet..kiri kanan factory outlet kt situ..Kt Hotel Grand Sarella pun boleh tahan..cuma mahal skit dari Royal Dago..kt situ pun area factory outlet..so..boleh la p soping jalan kaki je..

    Lagi satu i suka kt bandung nie..makanan dia murah2..makan kt restaurant yg cam high class skit…tapi tak mahal pun..

    Bawa la duit secukupnya..kalo tak silap i..masa i pegi kt bandung i penah kehabisan rupiah..nk cari money changers punya la susah sbb ari ahad..kebanyakkannya tutup..kalo ada yg buka pun..charge harga yg tinggi..

    I nk pegi lagi nie ujung bulan 7 nie..jom…

  • comment-avatar

    terima kasih sudi share pengalaman kat sini. bolehlah dikongsi2 oleh visitor lain hehe.

  • comment-avatar
    Rosnah 13 years ago

    Salam,

    Saya akan ke Bandung pada bulan November. Saya nak dapatkan sikit gambaran di mana tempat barang-barang harga borong untuk berniaga seperti pakaian (blouse, kain pasang, baju, etc). Terima kasih

  • comment-avatar

    Rosnah,

    selalunya brg2 tu byk kat pasar baru. FO ni hanya yg berjenama saja.
    kalau nak ke sana dan byk membeli belah di pasar baru saja, baik duduk di hotel yg dekat dgn pasar baru. senang nak ke pasar baru selalu πŸ˜€

  • comment-avatar
    iza reel 12 years ago

    admin,
    betul ke kita hanya blh bawa 1-2jutaRP saja? jika lebih dr itu kta kena soal siasat disana?saya dah baca aktikel admin, tapi semua xtvt disiang hari, bgaimana pula xtvt mlm? ada tak downtown mcm kl di sana?memang betul kita akan penat bila shopping pada siang hari, tapi kita juga perlu tahu apa xtvt yg blh dibuat pada sblh malam..perlu ke kita bawak duit malaysia? adakah money changer sana accept duit RM?senang atau susah berbahasa dgn mereka? sbb kadang2 dialek kita tak sama maksud. jika saya guna supir, saya perlu bayar dia semasa mahu balik msia atau setiap tmpt yang kita perlu tuju..
    harap bantu kerana ini 1st time saya ke sana…

  • comment-avatar

    iza,

    takdelah. bawak je byk mana pon ok jek. ada yang bawak sampai RM6000 dalam duit rupiah ok jek. takde masalah pon. sebab kalau bawak duit mesia susah nak tukar kat sana sebab bank sana hanya terima duit USD. kalau nak tukar jugak, rate mahal sebab kita tukar kat org persendirian. selalunya kalau tempat yg boleh pakai kad kredit, kita pakai jek , rate murah lagi.

    xtvt malam pulak, mmg banyak la kot. tapi saya tak reti nak join hehe. lebih dr xtvt malam pon ada kat sana.

  • comment-avatar
    Wanie 11 years ago

    Saya nk pg bandung bln feb yhn dpn 1st time tu nk pegi ngan mak, ank setahn setengahnsorang member pompuan sorang n kakak ipar…. Nk tanya ok ke kalu pegi lelakimx de slmat ke takut kena kapak plak kang

  • comment-avatar

    wanie,

    saya dah jawab soalan wanie melalui email.
    tapi secara dasarnya, takde apa2 yang nak dirisaukan. sana memang ok πŸ˜€

  • comment-avatar

    Salam…
    Utari hotel dekat dgn Pasar Baru tak?

  • comment-avatar

    utari jauh dgn pasar baru. yg dekat ialah hotel Guntur.
    saya boleh book jika berminat. email pada saya di hazmin@hazmin.net . saya akan berikan maklumat lanjut nanti tq

DISQUS: 0