HomeMy Blog

Bandung Trip September 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Bandung, akhirnya pada 15-17 september yang lepas, saya dan kelu

Filem Paling Banyak Di Tonton
New Hazmin Network Blog
Paris Van Java dan Rumah Mode

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Bandung, akhirnya pada 15-17 september yang lepas, saya dan keluarga akhirnya menjejakkan kaki sekali lagi di Bandung Indonesia. Macam-macam pengalaman baru saya dapat dalam pejalanan kali ini. Pelbagai perkara baru dan lama saya temui dalam percutian kali ini.

Hari Pertama

Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang Bandung, saya lihat ada banyak juga perubahan yang ada di lapangan terbang ni. Adalah sedikit penambahan dari segi kapasiti penumpang untuk cop pasport di imigresen. Sekarang masa untuk seorang rasanya lebih cepat dari dulu. Beg masih lagi dengan cara manual.
Saya lihat masih ramai lagi yang pergi bandung bawak beg besar-besar. saya rasa mereka yang bawak beg besar ini adalah mereka yang tidak baca blog saya 😀

Selesai urusan di lapangan terbang, kami sekeluarga menggunakan kereta Isuzu ELF 14 tempat duduk sebab kami semua 8 orang kesemuanya. Agak selesa juga ELF ini. kenderaan yang sama juga kami gunakan untuk mengangkut pelanggan-pelanggan kami sebelum ini. Harap-harap mereka semua berpuas hati dengan kenderaan yang kami tawarkan.

Sebaik sahaja meninggalkan lapangan terbang, kami terus menuju ke Sari Ater. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar untuk sarapan pagi di Kedai Makan Sederhana. Makanan disini adalah masakan padang. Oleh kerana kami tiba pun dalam pukul 9 pagi, masih belum banyak lauk pauk yang dihidangkan.
Tetapi yang mengejutkan ialah harga di sini agak mahal kalau nak di bandungkan dengan tempat lain. Dengan lauk yang sedikit makanan untuk 8 orang, harga lebih kurang Rp300 ribu lebih. bagi saya agak mahal juga. jadi ini kali terakhir lah saya akan makan di sini. 😀

Kemudian kami terus ke Sari Ater kerana Tangkuban Perahu telah ditutup untuk pengunjung kerana keadaan tanah yang tidak stabil. Kurang pasti sampai bila Tangkuban Perahu ini akan di tutup.

Di Sari Ater, tiada apa yang istimewa. Biasa-biasa saja kerana pada waktu saya pergi tu, orang terlalu ramai. Nak mandi pun tak cukup tempat 😀 Tapi Sari Ater ini di buka 24 jam. jadi kalau sesiapa yang nak mandi malam-malam, bolehlah datang ke sini pada waktu malam dalam kolam air panas.

Lepas ke Sari Ater, kami pon bertolak pulang ke Bandung. Singgah sebentar di warung tepi jalan yang menjual Jagung Bakar. Memang sedap. kalau sesiapa yang nak cuba rasa jagung bakar dan jagung bakar pedas, boleh singgah di gerai tepi jalan yang berada di antara Tangkuban Perahu dan Sari Ater.

Balik ke Bandung, kami singgah makan tengah hari di Restoran Rumah Ikan. Makanan di sini ala tomyam. Lauk ikan masak sweet sour dan lain-lain. harga juga agak murah. saya rekemen anda cuba makan di sini. Masakan memang sedap.

Kemudian saya check in di Grand Serela. Hotel ini berdekatan dengan FO heritage. Saya rasa lebih kurang 300 meter sahaja dengan FO heritage. Suasana hotel juga cukup baik. Hotel ini saya lihat ramai yang datang dari Jakarta menginap di sini.

Sarapan di sini memang saya rasa terbaiklah. Makanan banyak dan sedap. Harga semalam di sini lebih kurang RM200 semalam. Berpatutan kalau di kirakan dengan lokasi hotel yang cukup dekat dengan FO. Sarapan pagi yang sedap dengan menu yang pelbagai. saya rasa memang berbaloi menginap di sini.

Waktu yang berbaki untuk hari pertama ini saya habiskan dengan membeli belah di Heritage dan FO sekitarnya. Harga masih boleh tahan cuma sekarang ini kurang pilihan berbanding dulu. Saya pun tak membeli belah banyak sangat kerana kurang pilihan. Saya menunggu membeli belah di Jalan Dago pada keesokkan harinya.

Cukup sampai di sini saja pengalaman saya pada hari pertama di Bandung. Saya sambung lagi dalam episod seterusnya untuk hari kedua di Bandung nanti. Sampai jumpa lagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 14
  • comment-avatar

    ada tak apartment untuk 14 pax, 25th Nov 2012 to 28 Nov.

  • comment-avatar

    saya sudah jawab soalan anda melalui email. sila semak email anda
    Terima Kasih

  • comment-avatar

    ada tak apartment untuk 12 orang?? 20 dis – 24 dis

  • comment-avatar

    Sila semak email ok. saya dah reply melalui email
    Terima Kasih

  • comment-avatar
    freddy 11 years ago

    ada x bilik untuk 4 orang 15may 2013- 20may2013

  • comment-avatar
    hanan 11 years ago

    hi..

    ada x apartment for 11 org..
    sewa transport ELF tu brapa ya?

    thanks..

  • comment-avatar
    taufik 11 years ago

    salam, saya nk tanya total harga bagi 8 orang (penginapan + kenderaan + makanminum).. cadang ke bandung pada Mei 2-13. tq

  • comment-avatar
    ainie 11 years ago

    boley tahu harga penginapan n transport

  • comment-avatar

    hi… ada tak apartment utk 11 orang (15th – 17th april 2013) yang dekat dengan FO
    terima kasih

  • comment-avatar

    bole sy tahu kenapa x bole nk bwk beg besar semasa ke bandung nanti ?

  • comment-avatar

    Fara:

    ok sebenarnya takde masalah nak bawak beg besar atau tidak.
    cuma saya hanya cadangkan bawa beg kecil untuk memudahkan kita mengambil beg di airport nanti kerana di sana pengambilan beg dibuat secara manual.

    lagi satu faktor ialah, kebanyakkan pelancong yang akan ke bandung tujuannya ialah untuk bershopping, jadi lebih baik jika kita minimakan beg yang dibawa ke sana supaya apabila balik nanti, tidaklah bertambah beg-beg besar selain dari beg yang dibawa sebelum kita sampai ke Bandung.

  • comment-avatar

    hi..nak tanya kalau nak ke bandung, brapa budjet termasuk makan,hotel & shopping??

  • comment-avatar

    pls quote price for apartment n transportation 17 peoples 23/11-26/11/2013.tq

  • comment-avatar
    mohsen 11 years ago

    Assalam,

    Saya dan family (2 dewasa + 4 kanak2) akan ke Jakarta/Bandung bermula 15 Jun – 20 Jun 2013.

    Saya ingin pertolongan tuan untuk;

    1) Hotel di Bandung untuk 4 malam 15 Jun hingga 19 Jun 2013 – 2 bilik (harga sebilik dalam RM 100). saya prefer hotel di Jalan Dago dari .

    2) Sewa kereta pada 15 Jun dari Jakarta airport ke Bandung – Avanza jer cukup la

    3) Sewa kereta ke Tengkuban Perahu dan makan Rumah Daun pada 18 Jun 2013.

    Terima kasih.

DISQUS: 0